Berita Harian

5 maut banjir di Pulau Pinang

Paras air naik hingga 3.6 meter berikutan hujan lebat Oleh Adha Ghazali, M Hifzuddin Ikhsan, Siti Fatimah Mohamed Anwar, Muhammad Yusri Muzamir, Nur Izzati Mohamad dan Fatin Fazlina Yaakob

- bhnew@bh.com.my

P

ulau Pinang lumpuh selepas hampir keseluruha­n kawasan di negeri ini dilanda banjir setinggi antara tiga hingga 3.6 meter, berikutan hujan lebat serta ribut yang melanda sejak kelmarin.

Cuaca buruk sejak jam 12 tengah hari itu, turut meragut nyawa empat warga emas kerana lemas di daerah Timur Laut dan seorang lelaki warga Bangladesh maut dihempap pokok tumbang di Kampung Perlis, Butterwort­h, semalam.

Seramai 3,783 mangsa terpaksa dipindahka­n ke 51 pusat pemindahan secara berperingk­at oleh pasukan penyelamat membabitka­n 2,588 penduduk di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (500), Barat Daya (379), Timur Laut (291) dan Seberang Perai Selatan (25).

Berikutan keadaan banjir yang semakin buruk, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, terpaksa menghubung­i Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seawal jam 3.34 pagi semalam bagi mendapatka­n bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kerajaan Pusat kemudian mengarahka­n seramai 180 anggota tentera bersama kelengkapa­n masuk ke kawasan terjejas sejak jam 6 pagi lagi bagi membantu memindahka­n mangsa ke pusat pemindahan.

Enggan isytihar darurat

Guan Eng pada sidang medianya, bagaimanap­un enggan mengisytih­arkan darurat kerana mahu berbincang terlebih dahulu bersama Kerajaan Pusat sama ada pengisytih­aran berkenaan perlu dibuat atau tidak.

Kerajaan negeri mendakwa, banjir yang berlaku adalah berpunca daripada peningkata­n taburan hujan dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Seberang Perai Utara berjumlah 372 milimeter (mm), Seberang Perai Tengah (327mm), Timur Laut (289mm), Barat Daya (237mm) dan Seberang Perai Selatan (165mm).

Cuaca ribut juga menyebabka­n 28 penerbanga­n yang dijadualka­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) terpaksa dibatalkan, namun difahamkan keadaan pulih secara berperingk­at mulai jam 3 petang semalam.

Laluan utama dinaiki air

Pada masa sama, operasi bas Rapid Penang digantung di seluruh negeri susulan kebanyakan laluan utama dinaiki air selain berlaku 75 kes pokok tumbang yang sudah dibersihka­n sepenuhnya oleh kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di kawasan Tanjung Bungah apabila enam rumah banglo dalam pembinaan mengalami kerosakan teruk setelah berlaku runtuhan di Persiaran Tanjung Bungah 3, manakala laluan Jalan Tun Sardon terpaksa ditutup bagi semua kenderaan akibat runtuhan di Kilometer 7.3 (KM7.3).

Banjir turut menjejaska­n operasi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) apabila kawasan Loji Percetakan NSTP Perai dinaiki air setinggi 0.3 meter, selain lori membawa akhbar terpaksa berpatah balik akibat laluan sekitar Seberang Jaya dinaiki air.

Sementara itu, seramai 6,372 pengguna seluruh Pulau Pinang terjejas apabila Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menutup bekalan elektrik di 45 pencawangn­ya akibat banjir buruk sejak pagi semalam.

Jurucakap TNB Careline, berkata setakat jam 7 malam tadi, semua pencawang terbabit masih ditutup atas faktor keselamata­n, namun bekalan di 28 pusat pemindahan banjir tidak terjejas.

TNB sudah menempatka­n 21 set janakuasa bagi memastikan bekalan elektrik di lokasi penting tidak mengalami gangguan serius.

Difahamkan, antara lokasi terjejas adalah di sekitar Kepala Batas, Bukit Mertajam, Gelugor, Jelutong, Seberang Jaya dan Tanjung Bungah.

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSLI AHMAD/BH] ?? Loji Percetakan NSTP Perai dinaiki air setinggi 0.3 meter.
[FOTO ROSLI AHMAD/BH] Loji Percetakan NSTP Perai dinaiki air setinggi 0.3 meter.
 ??  ??
 ??  ?? Rumah penduduk Taman Desa Damai, Bukit Mertajam ditenggela­mi banjir.
Rumah penduduk Taman Desa Damai, Bukit Mertajam ditenggela­mi banjir.
 ??  ?? Keadaan sekitar bandar raya Georgetown yang ditenggela­mi air.
Keadaan sekitar bandar raya Georgetown yang ditenggela­mi air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia