Berita Harian

Menyelam dalam rumah temui bapa terbaring

-

akibat banjir di Jalan Thean Teik, Farlim Georgetown. serta orang ramai membantu memindahka­n warga emas yang Georgetown: “Dua kali saya cari bapa, tapi tak jumpa,” kata Nasri Sabri Amanullah Sahib, 42, anak kepada seorang mangsa yang lemas akibat banjir di Kampung Masjid, Jalan Perak, di sini, pagi semalam.

Nasri berkata, bapanya, Amanullah Sahib Kadar, 75, walaupun sudah uzur, masih mampu berjalan dan dia mungkin cuba keluar akibat banjir yang melanda rumah mereka.

Katanya, dia berusaha mencari bapanya di kawasan sekitar mulai jam 3 pagi dan sekali lagi pada jam 5 pagi, namun gagal akibat seluruh kawasan perumahann­ya ditenggela­mi air.

“Keadaan ketika itu kelam-kabut dan saya tidak menyedari bila bapa hilang. Kami sekeluarga kemudian diarah berpindah pada jam 8.30 pagi, namun saya enggan kerana bapa belum dijumpai.

“Ketika itu saya nekad untuk menyelam di dalam rumah dan akhirnya menemui arwah berada di ruang tamu dalam keadaan terbaring,” katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Jamek Hashim Yahya di Jalan Perak, di sini, semalam.

Nasri berkata, ayahnya mungkin terjatuh ketika rumah mereka dinaiki air dan tiada ahli keluarga mereka yang menyedarin­ya.

Tidak sempat belikan roti canai

“Saya sedih apabila tidak sempat selamatkan bapa, namun saya reda dengan segala takdir dan juga ketentuan-nya.

“Cuma saya kesal kerana tidak sempat membelikan roti canai dan teh tarik kegemarann­ya yang dimintanya untuk bersarapan pagi ini,” kata anak ketiga dari empat beradik berkenaan.

Amanullah adalah antara lima mangsa yang lemas dalam banjir termasuk seorang warga Bangladesh yang maut apabila rumahnya dihempap pokok di Kampung Perlis.

Tiga lagi mangsa ialah warga emas berusia 80-an masing-masing di Pusat Penjagaan Orang tua di Jalan P Ramlee, Kampung Masjid dan Jalan Shaik Madar, Ayer Itam.

 ??  ??
 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH] ??
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH]
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MOHAMMAD MIKAIL ONG/BH] ?? Sebuah kereta dihanyutka­n arus deras
[FOTO MOHAMMAD MIKAIL ONG/BH] Sebuah kereta dihanyutka­n arus deras
 ??  ??
 ??  ?? Anggota tentera membantu penduduk Kampung Nusantara, Georgetown mengangkat barang yang rosak selepas dilanda banjir kilat awal pagi semalam.
Anggota tentera membantu penduduk Kampung Nusantara, Georgetown mengangkat barang yang rosak selepas dilanda banjir kilat awal pagi semalam.
 ??  ?? Kenderaan dan rumah penduduk Taman Desa Damai dan Kampung Sireh, Bukit Mertajam ditenggela­mi air.
Kenderaan dan rumah penduduk Taman Desa Damai dan Kampung Sireh, Bukit Mertajam ditenggela­mi air.
 ??  ?? Anggota Bomba dan Penyelamat terperangk­ap akibat banjir.
Anggota Bomba dan Penyelamat terperangk­ap akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia