Berita Harian

Pusat tetap bantu negeri ditimpa musibah: PM

ATM sudah dikerah bantu mangsa banjir

- Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Syed Azwan Syed Ali

Datuk Seri Najib Razak berkata, Kerajaan Persekutua­n akan membantu mana-mana negeri yang ditimpa musibah seperti banjir atas dasar kemanusiaa­n dan tanggungja­wab.

Perdana Menteri berkata, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah untuk membantu mangsa banjir di negeri, manakala Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor, meninjau keadaan petang semalam.

Beri bantuan diperlukan

“Kita akan bantu mangsa banjir, manakala keperluan mereka akan kita tentukan. Kita akan berikan bantuan diperlukan,” katanya selepas melancarka­n misi membina dan mengendali­kan hospital medan di Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, semalam.

Perdana Menteri mengulas situasi semasa susulan banjir yang melanda Pulau Pinang sejak semalam.

Awal pagi semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menghubung­i Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi menghantar bantuan ATM mengendali­kan situasi banjir.

Najib berkata, bantuan kepada mangsa banjir akan diselarask­an Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Di Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Persekutua­n menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir di Pulau Pinang atas dasar mengutamak­an kebajikan rakyat.

Kuching, Ketepi kepentinga­n politik

Katanya, dalam situasi kecemasan seperti itu, kepentinga­n politik harus diketepika­n kerana soal keselamata­n adalah jauh lebih penting.

Beliau bersama Najib berpendiri­an bantuan segera perlu disalurkan melalui koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kurang enam jam selepas Ketua Menteri Pulau Pinang menghubung­i saya jam 3.30 pagi tadi (semalam), anggota penyelamat dan aset digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketua Menteri Pulau Pinang menghubung­i saya kali kedua pada jam 12.41 tengah hari bagi memaklumka­n bantuan sudah diterima,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ahmad Zahid turut mengarahka­n Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, untuk memantau keadaan di Pulau Pinang dan beberapa negeri di utara Semenanjun­g susulan cuaca tidak menentu.

“Di mana pun bencana alam berlaku, mangsanya tidak mengenal parti politik, sama ada parti kerajaan mahupun pembangkan­g ,” katanya.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] ?? Pemilik kedai sukan melihat barangan yang rosak Georgetown semalam. akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee,
[ FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] Pemilik kedai sukan melihat barangan yang rosak Georgetown semalam. akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia