Berita Harian

‘Tak pernah teruk seperti ini’

Hujan lebat, air pasang sebabkan 200 rumah ditenggela­mi air

- Oleh Adha Ghazali dan Nur Izzati Mohamad

“Tak pernah teruk seperti ini,” kata Roazizi Saad, 55, penduduk Taman Bertam Indah, di sini selepas rumah didiaminya selama 20 tahun ditenggela­mi banjir, semalam.

Jurutera syarikat penerbanga­n itu berkata, air naik sehingga paras lutut memaksa dia bersama isteri serta seorang anak berpindah ke pusat pemindahan berdekatan.

Katanya, hujan lebat serta air pasang menyebabka­n lebih 200 rumah di kawasan itu ditenggela­mi air serta beberapa laluan utama terpaksa ditutup hingga penduduk tidak dapat ke mana-mana.

Berpindah berperingk­at

“Sebelum ini pun pernah banjir tapi tak seteruk ini. Syukur, Alhamdulil­lah ia tidak menyebabka­n kejadian lebih buruk apabila penduduk sempat berpindah secara berperingk­at,” katanya ketika ditemui.

Seberang Perai Utara (SPU) menjadi daerah paling teruk terjejas ekoran banjir yang melanda Pulau Jurutera Pinang akibat hujan lebat semalam.

Kilang percetakan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Perai, turut dilanda banjir, yang mencecah 0.4 meter sejak jam 9 malam kelmarin.

Pengurus Kilang Percetakan NSTP Perai, Cham Nan A/L Yan, berkata operasi percetakan lebih 80,000 naskhah akhbar BH, Harian Metro dan New Straits Times (NST) bagaimanap­un tidak terjejas.

Wad dinaiki air

Sementara itu, seramai 108 pesakit termasuk empat bayi baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) di Georgetown, terpaksa dipindahka­n ke wad lebih selamat selepas wad mereka dinaiki air pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Sukumar Mahesan, berkata antara kawasan dinaiki air adalah unit pengangkut­an, tingkat bawah Blok C dan Blok D serta empat wad termasuk Wad Rawatan Rapi Neonatal.

“Berikutan itu, pesakit termasuk bayi dipindahka­n sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi tadi (semalam). Tiada kejadian tidak diingini dan semua pesakit mendapat rawatan yang sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

 ?? [FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] ?? Keadaan banjir kilat di Bertam Indah, Kepala Batas akibat hujan lebat semalam.
[FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL/BH] Keadaan banjir kilat di Bertam Indah, Kepala Batas akibat hujan lebat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia