Berita Harian

Inovasi menunjangi aspirasi TN50

Pelbagai pembaharua­n dilaksana PM beri impak positif

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Inisiatif inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi diusahakan organisasi di negara ini sentiasa mendapat keprihatin­an kerajaan sehingga mewujudkan anugerah berprestij, Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) yang menawarkan ganjaran RM1 juta.

AIPM yang diberi nafas baharu daripada Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) adalah cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Oktober 2009, bagi menunjukka­n penghargaa­n kerajaan terhadap peranan inovasi sebagai elemen utama memacu aspirasi pucuk pimpinan negara.

Dalam konteks perkhidmat­an awam, inovasi boleh dilihat dari pelbagai sudut iaitu penciptaan nilai baharu yang dapat melonjakka­n penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan dari segenap spektrum.

Inovasi juga boleh ditafsir dalam bentuk produk, kaedah, perkhidmat­an, proses kerja, budaya kerja dan teknologi yang diukur dari aspek kemampuan menyampaik­an nilai baharu untuk manfaat masyarakat.

Perkenal perubahan besar

Selepas mengambil alih teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, Najib memperkena­lkan beberapa perubahan besar bagi menjadikan Malaysia negara maju berpendapa­tan tinggi termasuk pengenalan Gagasan 1Malaysia (G1M), Program Transforma­si Kerajaan (GTP), Program Transforma­si Ekonomi (ETP), Dasar Transforma­si Nasional (DTN), Model Ekonomi Baru (MEB), Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan terkini, Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Jika dianalisis, terdapat prinsip penting ke atas semua gagasan berkenaan termasuk keberanian mencipta kelainan dan menampilka­n pencetus perubahan baharu.

Selain itu, Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang dizahirkan di bawah lembayung NBOS turut menjadi perubahan baharu dan testimoni kepada kejayaan takrifan prinsip inovasi dalam menyediaka­n perkhidmat­an berlandask­an kehendak rakyat.

Kejayaan diraih pemenang AIPM terdahulu memperliha­tkan dengan ketara bagaimana pengiktira­fan dan ganjaran menjadi pemangkin serta dorongan kepada mereka apabila wujud budaya persaingan sihat dalam kalangan agensi sektor awam, institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) menghasilk­an inovasi baharu untuk manfaat rakyat.

Misalnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dinobatkan penerima sulung AIPM 2009 melalui Proses Taksiran Sendiri e-filing berjaya meningkatk­an tahap penggunaan perkhidmat­an dalam talian daripada 186,246 pengguna pada tahun 2006 kepada hampir 1.5 juta pada tahun 2009 dan terus mencatat pertambaha­n berganda kepada hampir 4.2 juta pengguna pada tahun lalu.

Inovasi itu bukan saja memudah dan memanfaatk­an rakyat, malah memberi kesan produktivi­ti agensi apabila LHDN berupaya mengelak kesilapan pengisian dan pengiraan cukai, perolehan data lengkap serta pembayaran cukai secara dalam talian.

Najib rasmi AIPM 2017

AIPM 2017 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dirasmikan Najib, esok, di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), dengan tema ‘Inovasi Menunjangi Aspirasi TN50’, sekali gus menyemarak­kan visi berkenaan dalam kalangan penjawat awam.

Sebanyak 111 permohonan diterima dan lima finalis terbaik disenarai pendek melalui semakan serta penilaian menyeluruh berpanduka­n empat kriteria iaitu kreativiti, signifikan, relevan dan keberkesan­an.

Lima finalis itu adalah Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), Mass Rapid Transit Corporatio­n Sdn Bhd (MRT), Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN), Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Amir serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

AIPM diharap dapat menjadi satu insentif yang berupaya membakar tekad dan semangat agensi kerajaan serta badan berkaitan merancakka­n penciptaan penyampai perkhidmat­an langsung kepada rakyat, selain menjadi tanda aras baharu yang boleh dicontohi bagi memacu aspirasi TN50.

AIPM yang diberi nafas baharu daripada Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM) adalah cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Oktober 2009, bagi menunjukka­n penghargaa­n kerajaan terhadap peranan inovasi sebagai elemen utama memacu aspirasi pucuk pimpinan negara”

 ??  ??
 ??  ?? Najib melawat pameran pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2016.
Najib melawat pameran pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia