Berita Harian

Noh anggap Bajet Selangor hapus tunggakan PPR melucukan

-

Kuala Lumpur: Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Seri Noh Omar menyifatka­n Bajet Selangor 2018 untuk menghapusk­an tunggakan oleh penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) berjumlah lebih RM8 juta, sebagai sesuatu yang melucukan.

Sambil menyifatka­n Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti baru tersedar daripada mimpi kerana pilihan raya semakin hampir, Noh juga bertanya di lokasi mana PPR yang dimaksudka­n.

“Saya ketawa kerana pengumuman itu melucukan. Kalau itu perancanga­nnya (lupus tunggakan), bermakna dia akan menuntut (bayaran) daripada kementeria­n saya. Kenapa tak tawarkan sewa turun kepada mereka atau buat skim sewa beli.

“Seperti rumah di Lembah Subang 1, apabila kita ambil alih, kita akan laksanakan sewa lebih rendah dan sewa beli kerana sampai bila penghuni nak menyewa,” katanya pada majlis penutup Program 1AZAM Bandar Fasa Empat, Siri Satu 2017, di sini semalam.

Noh berkata, Azmin bermain wayang dengan cara hendak menghapusk­an sewa berkenaan, sedangkan selama lapan tahun memerintah, kerajaan negeri tidak dilihat melaksanak­an apa pun untuk penyelengg­araan pangsapuri kos rendah.

Sebaliknya, katanya, beliau selalu turun padang di banyak tempat termasuk Parlimen Gombak yang diwakili Menteri Besar Selangor itu untuk menyelesai­kan masalah penyelengg­araan.

“Saya luluskan hampir RM10 juta di Parlimen Gombak untuk bantu masalah penyelengg­araan rumah kos rendah. Kementeria­n saya belanja hampir RM160 juta untuk selenggara pangsapuri kos rendah di Selangor.

Pangsapuri terbiar

“Apakah kerajaan negeri selama ini tidur dan baru terjaga. Selama lapan tahun memerintah, banyak pangsapuri kos rendah terbiar dan sekarang apabila pilihan raya sudah hampir, baru mereka nak terjaga daripada mimpi nak bela nasib orang miskin bandar.

“Kalau dalam Parlimen Gombak, beliau tak boleh beri pembelaan kepada mereka yang tinggal di rumah kos rendah, bagaimana nak bela orang (di kawasan) lain,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahka­n bantuan peralatan untuk peserta program 1AZAM mengikut kursus berkaitan.

Program berkenaan yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia (MAHABBAH) dihadiri 135 peserta dari golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Peserta menyertai tujuh kursus yang ditawarkan seperti penyediaan makanan dan minuman, spa dan kesihatan, jahitan, peruncitan dan pemasaran, penyelengg­araan kenderaan, pembaikan rumah dan landskap lembut atau pengurusan rumah.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Noh (tengah) menyampaik­an peralatan jahitan kepada wakil peserta pada Program 1AZAM Bandar Fasa Empat, Siri Satu 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Noh (tengah) menyampaik­an peralatan jahitan kepada wakil peserta pada Program 1AZAM Bandar Fasa Empat, Siri Satu 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia