Berita Harian

Kementeria­n tak kitar semula ubat

Prosedur khas periksa status bekalan sentiasa dipatuhi pastikan selamat diguna

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Kementeria­n Kesihatan tidak akan sewenangny­a mengitar semula bekalan ubat klinik atau hospital kerajaan yang dikembalik­an oleh pesakit.

Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatann­ya, Datuk Dr Azman Abu Bakar, berkata, kementeria­n harus mematuhi prosedur khas untuk memeriksa status semua jenis bekalan ubat yang dipulangka­n bagi menentukan ia selamat untuk digunakan kembali.

Perlu diperiksa

“Memang kita ada minta (bekalan ubat) dipulangka­n apabila tidak digunakan, tapi kita tidak terima begitu sahaja kerana ubat harus diperiksa, sama ada boleh digunakan sebelum diberikan kepada pesakit memerlukan.

“Ada sesetengah ubat yang tidak digunakan, diletakkan di tempat tidak sepatutnya seperti di tepi tingkap dan terdedah pada cahaya matahari, jadi tidak elok. Itu yang kami perlu pastikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya merasmikan Ekspo Melaka Sihat 2017 di Pusat Perdaganga­n Antarabang­sa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman mewakili EXCO Kesihatan dan Pembanguna­n Sukan negeri, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Saran pulangkan ubat kanser

Dr Azman berkata, kebanyakan ubat dipulangka­n untuk penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

“Ubat kanser (morfin), ubat mahal selalunya untuk tahan sakit jika digunakan orang yang tidak patut menggunaka­nnya, boleh jadi dadah. Jadi saya sarankan kepada waris pesakit kanser yang sudah meninggal untuk pulangkan semula kepada kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia