Berita Harian

Kerajaan negeri, Pusat wajar saling bekerjasam­a hadapi banjir

-

Ayer Keroh: Setiap kerajaan negeri wajar membentuk kerjasama erat dengan kerajaan Persekutua­n, terutama dalam usaha menghadapi dan mengatasi masalah bencana di negeri masingmasi­ng.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata ini kerana kerajaan negeri tidak akan mampu menghadapi bencana secara bersendiri­an tanpa bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutua­n, terutama dalam usaha membantu rakyat yang terjejas.

“Pemimpin negeri juga tidak sepatutnya mendabik dada atau bersikap angkuh terhadap pemimpin Persekutua­n bagi memastikan rakyat dapat dibela dan mendapat bantuan sebaiknya apabila dilanda bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka sesi ketiga, sempena hari jadi Yang dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob ke-79, di Dewan Seri Negeri, di sini semalam.

Siap siaga hadapi banjir

Sementara itu, Idris mengarahka­n semua agensi keselamata­n di negeri ini bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkina­n banjir.

Beliau turut memuji tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tetap ‘melayan’ rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kejadian banjir di negeri terbabit.

Katanya, meskipun sering ‘diserang’ oleh pemimpin DAP berkenaan, ia sedikit pun tidak membataska­n keprihatin­an kerajaan Persekutua­n kepada rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum KA Abdul Kader mengetuai 577 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri pada sesi semalam. Beliau menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Penerima lain, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Wira Ahmad Jazlan Yaakub.

Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Times Sdn Bhd, Datuk Anbumani Balan pula menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk, manakala Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini (MHI), Ishak Dalip menerima Darjah Seri Melaka (DSM).

Sementara itu, Pengarang MHI, Ishak Mohamed Salleh; Ketua Biro Harian Metro Melaka, Salman Hamat dan jurukamera portal KL Express, Rozairi Abdul Rahman masing-masing dianugerah­kan Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Jurukamera sambilan TV3, Mohd Zaidi Yaacob pula dianugerah­kan Pingat Jasa Kebaktian (PJK), manakala wartawan Utusan Malaysia, Mohd Fadzly Mohd Izab menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

 ??  ?? Mohd
Khalil anugerahka­n pingat
DPSM kepada Anbumani di Ayer
Keroh, semalam.
Mohd Khalil anugerahka­n pingat DPSM kepada Anbumani di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia