Berita Harian

Sektor perikanan dicemari rasuah

Ejen dikesan sogok penguat kuasa elak kena tindakan undang-undang

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Laut China Selatan K

hidmat orang tengah atau runner yang menyogok pihak penguat kuasa untuk melepaskan diri daripada tindakan undang-undang, dikesan wujud dalam industri perikanan negara.

Difahamkan, orang tengah yang dipanggil ejen dalam kalangan penguat kuasa tempatan ini akan muncul sebaik nelayan asing yang menceroboh perairan negara ditahan penguat kuasa seperti Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) atau Jabatan Perikanan.

Sumber berkata, ejen ini difahamkan adalah orang tengah kepada sindiket antarabang­sa yang bertanggun­gjawab merompak hasil laut di perairan negara.

“Mereka akan datang untuk ‘berurusan’ dengan penguat kuasa agar kesalahan diringanka­n atau dilepaskan begitu sahaja. Ejen ini dikatakan akan memberikan sejumlah wang kepada penguat kuasa sebagai habuan hubungan kerjasama ini,” katanya.

Disebabkan kehadiran ejen inilah, industri perikanan negara kini disifatkan berada pada tahap membimbang­kan apabila kehadiran nelayan asing tidak pernah susut meskipun penguatkua­saan serta operasi diperhebat­kan.

Sumber berkata, proses menyogok penguat kuasa bermula di tengah laut lagi apabila tekong menyelitka­n wang tunai dalam pasport atau dokumen mereka selain melampirka­n nombor telefon ejen untuk ‘berurusan’ di darat.

Perbuatan itu didedahkan war- tawan dan jurugambar BH yang berada di kapal Maritim Malaysia, KM Pekan ketika mengikuti operasi khas di perairan ini, baru-baru ini.

BH semalam melaporkan tekong Vietnam melakukan perbuatan itu ketika pegawai Maritim Malaysia memeriksa dan menyemak pasport dan dokumen milik awakawak bot berkenaan.

Selepas ditanya berulang kali mengenai kegunaan wang yang terselit pada pasport, tekong terbabit hanya berdiam diri selepas dipercayai menyedari kehadiran media di atas kapal berkenaan.

Gagal umpan pegawai

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu akhirnya mengambil semula wang tunai yang dianggarka­n RM2,000 itu selepas sedar perbuatann­ya diperhatik­an serta gagal ‘mengumpan’ pegawai Maritim terbabit.

Semua mereka dibawa ke Pangkalan Maritim Malaysia Kemaman untuk siasatan lanjut kerana melakukan kesalahan ikut Seksyen 8 (B) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1963.

Difahamkan, ada juga pegawai penguat kuasa yang menguruska­n industri perikanan negara mengikut Akta Perikanan terbabit aktif dengan ejen berkenaan.

Mereka dipercayai dihubungi ejen dalam usaha melepaskan atau meringanka­n hukuman yang dikenakan khususnya ketika kesalahan itu berulang kali dilakukan.

Ejen ini akan membayar kompaun dikenakan tetapi tidak mahu kesalahan direkodkan sehingga menyebabka­n kapal nelayan berkenaan dirampas pihak berkuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata, pihaknya ada mendapat maklumat berhubung kegiatan ejen menjadi orang tengah bagi melepaskan diri daripada undang-undang Malaysia.

Katanya, SPRM juga sudah mengenal pasti beberapa individu yang disyaki terbabit dan akan mengambil tindakan segera berkaitan isu ini dalam tempoh terdekat, namun enggan lanjut.

SPRM ada mendapat maklumat berhubung kegiatan ejen menjadi orang tengah bagi melepaskan diri daripada undang-undang Malaysia” Azam Baki,

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara ditahan ketika Operasi Khas Maritim Malaysia di perairan Kemaman, baru-baru ini.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara ditahan ketika Operasi Khas Maritim Malaysia di perairan Kemaman, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia