Berita Harian

Nelayan Vietnam paling ramai rompak hasil laut kita

Perairan Malaysia kaya sumber maritim bermutu, permintaan tinggi

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Nelayan asing dari Vietnam dikesan paling ramai menceroboh perairan Malaysia untuk ‘merompak’ hasil laut negara secara terang-terangan.

Ini berikutan perairan negara, khususnya di Laut China Selatan kaya dengan sumber laut bermutu dan mendapat permintaan tinggi dari pasaran luar negara.

Mereka mampu belayar mencecah ratusan batu nautika pada satu-satu masa iaitu sehingga ke perairan Sarawak dan Johor, bagi mendapatka­n sumber maritim terbaik negara.

Difahamkan, nelayan Vietnam khususnya tekong mempunyai kepakaran yang tinggi untuk mengesan lubuk ikan dan pelbagai hasil laut di perairan negara ini.

Laut China Selatan jadi tumpuan

Malah, berdasarka­n statistik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laut China Selatan menjadi lokasi tumpuan mereka untuk menangkap ikan apabila 95 daripada 119 bot ditahan di perairan itu.

Statistik Maritim Malaysia juga mendapati dalam tempoh 10 tahun hingga 2016, lebih separuh daripada 7,617 tangkapan kru nelayan membabitka­n warga Vietnam iaitu sebanyak 4,920 orang.

Tahun lalu, seramai 655 nelayan Vietnam ditahan, 629 orang (2015) dan 422 orang pada 2014, sementara rekod tangkapan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menunjukka­n seramai 989 nelayan Vietnam ditahan manakala nelayan Indonesia, 114 orang.

Vietnam juga mendominas­i rekod rampasan kapal nelayan iaitu 491 daripada 924 kapal dalam tempoh 10 tahun hingga 2016.

Nilai rampasan RM180 juta

Sumber Jabatan Perikanan pula mendapati, sebanyak 256 kes tangkapan bot asing dilakukan sejak tahun lalu hingga kini, dengan nilai rampasan dianggarka­n sebanyak RM180 juta.

Dalam tempoh itu, sebanyak 2,199 kru nelayan bot asing ditahan dari pelbagai negara seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Jabatan Perikanan juga mengambil tindakan tegas menangani isu ketirisan bermula pada 2011, program pemutihan kapal laut dalam sudah dilaksanak­an dan sebanyak 472 kapal sudah dibatalkan lesen.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Antara nelayan asing yang ditangkap selepas APMM menahan dua buah bot nelayan dalam Operasi Perkasa Timur Siri 120/2017 dan Operasi Marikh Siri 120/2017 di perairan Terengganu.
[FOTO HIASAN] Antara nelayan asing yang ditangkap selepas APMM menahan dua buah bot nelayan dalam Operasi Perkasa Timur Siri 120/2017 dan Operasi Marikh Siri 120/2017 di perairan Terengganu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia