Berita Harian

Pendidikan Alam Sekitar jadi sukatan pelajaran disokong

Subjek perlu diterap bermula tadika hingga universiti didik generasi muda

- Oleh Mahani Ishak

Cadangan memperkena­lkan Pendidikan Alam Sekitar dalam sukatan pelajaran wajar disokong berikutan ia satu usaha mewujudkan kesedaran mengenai kepentinga­n pemulihara­an alam dari peringkat usia muda.

Malah jika dilaksanak­an, subjek berkenaan perlu diterapkan bermula dengan murid di tadika hingga kepada penuntut universiti supaya kepentinga­nnya difahami sepenuhnya, sekali gus menjadi budaya dalam kalangan generasi muda.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata semangat cintakan alam sekitar perlu disemai pada usia muda bagi membentuk generasi yang peka terhadap alam sekitar sekali gus mengurangk­an pencemaran bunyi, udara dan air lebih buruk pada masa akan datang.

“Saya percaya insan bertanggun­gjawab akan prihatin terhadap kepentinga­n alam sekitar termasuk menangani insiden yang boleh dicegah seperti tanah runtuh di tapak pembinaan, banjir kilat di kawasan bandar dan jerebu yang disebabkan oleh pembakaran sisa di ladang.

‘Berdamai’ dengan alam sekitar cegah bencana alam

“Di sini juga penting bagi masyarakat supaya ‘berdamai’ dengan alam sekitar kerana ia dapat membantu mencegah bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan bencana alam lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH, semalam.

Baru-baru ini BH melaporkan Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar sudah menyiapkan kertas cadangan bagi memperkena­lkan pengajaran subjek Pendidikan Alam Sekitar peringkat tadika, sekolah rendah dan menengah.

Lam Thye berkata, pihak pelaksana terutama guru sekolah perlu memberikan pemahaman kepada murid bahawa subjek itu bukan satu beban berikutan apa saja yang dilakukan pada alam sekitar akan memberi manfaat jangka panjang.

Katanya, usaha memulihara alam semula jadi dan persekitar­an yang kondusif adalah wajar berikutan ia memastikan generasi masa depan kita dapat mewarisi negara yang selamat dan mesra alam.

Semangat cintakan alam sekitar perlu disemai pada usia muda bagi membentuk generasi yang peka terhadap alam sekitar sekali gus mengurangk­an pencemaran bunyi, udara dan air lebih buruk pada masa akan datang” Lee Lam Thye, Aktivis masyarakat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia