Berita Harian

Pegawai khas Perdana Menteri dilantik Presiden MUAFAKAT

-

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dilantik sebagai Presiden Badan Permuafaka­tan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) pada mesyuarat agung tahunan badan itu, di sini.

Beliau yang akan menerajui MUAFAKAT untuk dua tahun bermula tahun ini, berterima kasih atas kepercayaa­n yang diberikan dan menerima amanah dan tanggungja­wab berkenaan demi anak bangsa.

“Dengan amanah yang diberikan, saya akan sedaya-upaya mewakili ibu bapa pelajar di semua Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA dan Kolej Profesiona­l MARA.

“Insya-allah, amanah dan tanggungja­wab ini akan saya galas dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau percaya dengan sokongan dan kerjasama ahli jawatan kuasa yang terpilih, MUAFAKAT akan terus mengorak langkah sebagai badan yang sentiasa menyokong, membantu dan berusaha mengukuhka­n institusi pendidikan MARA selari dengan objektif penubuhann­ya.

Peluang berbakti

“Saya anggap kepercayaa­n yang diberikan ini adalah satu tugasan untuk saya berbakti dan berkhidmat dalam membangunk­an modal insan berkualiti dalam kalangan anak bangsa.

“Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk istiqamah dalam perjuangan ini,” katanya.

MUAFAKAT badan dianggotai ibu bapa, pensyarah dan guru MRSM, Kolej Mara dan Kolej Profesiona­l Mara dan kini mempunyai 61 cawangan di seluruh negara dengan 50,000 keahlian.

Rizal turut menerajui Team Salute Malaysia selaku presiden yang banyak menjalanka­n kerja sukarelawa­n untuk aktiviti kebajikan.

Insya-allah, amanah dan tanggungja­wab ini akan saya galas dengan sebaik-baiknya” Rizal Mansor, Presiden MUAFAKAT

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia