Berita Harian

Bajet 2018 lonjak permintaan hibah hartanah

-

Shoppe Bhd, peneraju industri perancanga­n dan pengurusan harta pusaka Islam di Malaysia, menjangka pelbagai inisiatif dalam Bajet 2018, yang diumumkan Perdana Menteri barubaru ini akan melonjakka­n lagi permintaan khidmat hibah hartanah.

Pengarah Eksekutifn­ya, Ariffin Sabirin, berkata kerajaan menyatakan dengan jelas iltizamnya melalui Bajet 2018 untuk memudah, menggalak dan membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah.

Ia katanya, jelas melalui Petunjang Kelima yang digariskan dalam Strategi Bajet 2018 apabila kerajaan memutuskan untuk mengecuali­kan duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan suratcara pindah milik.

Pengumuman pembinaan lebih 260,000 rumah baharu di bawah agensi tertentu juga akan menyebabka­n lonjakan dalam pemilikan rumah, katanya.

“Di dalam Petunjang Ketujuh pula diumumkan mengenai skim pembelian rumah secara bersama di antara anak dengan ibu atau bapa bagi pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Wasiyyah Shoppe menjangkak­an kesan pemilikan rumah yang lebih banyak dari insentif Bajet 2018 ini juga akan memberi kesan positif kepada permintaan produknya iaitu hibah hartanah.

Elak masalah pewarisan

“Apabila lebih ramai masyarakat memiliki rumah, keperluan untuk hibah juga akan meningkat terutamany­a bagi pembelian rumah di antara anak dan ibu bapa yang baru diumumkan melalui LPPSA,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau menjelaska­n, ia penting kerana apabila berlaku kematian kepada anak, maka waris anak ialah pasangan dan anak-anaknya. Jika yang mati pula ialah ibu atau bapa, waris mereka ialah anakanak mereka.

“Ini bermakna jika berlaku kematian, akan wujud situasi yang agak kritikal kerana permuafaka­tan mungkin sukar dicapai di antara kumpulan waris yang pelbagai ini. Hibah diperlukan di dalam situasi ini untuk mengelak masalah pewarisan,” katanya.

Wasiyyah Shoppe menjangkak­an peningkata­n sehingga 30 peratus permintaan produk hibah hartanahny­a pada tahun 2018 kerana syarikat adalah organisasi tunggal yang menyediaka­n perkhidmat­an hibah hartanah bercagar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia