Berita Harian

Program Coding@schools pupuk kemahiran ICT

Beri peluang kepada pelajar sekolah mempelajar­i asas dan prinsip pengekodan secara praktikal

- Oleh Basir Zahrom

kepada murid yang tidak berpeluang mengikutin­ya.

“Jika tidak diberi peluang sedemikian, hanya golongan di bandar saja yang mampu menguasai kemahiran ICT dan mereka yang tinggal di pedalaman akan terus ketinggala­n dalam arus permodenan,” katanya ketika ditemui selepas perasmian program itu, baru-baru ini.

Christie adalah seorang daripada 30 peserta Coding@schools yang terpilih dari SK Kapit selain satu lagi sekolah dari daerah itu iaitu SK Lepong Balleh. Dua sekolah terpilih itu menjalani Immersion Camp membabitka­n murid tahun 4, 5 dan 6 selama empat hari.

Menggalakk­an inovasi

Majlis perasmian program di kedua-dua sekolah itu disempurna­kan oleh Ketua Penolong Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Encik Ahmad Rizal Ramlan.

Selain Kapit, program itu turut dijalankan serentak di daerah lain di Sarawak termasuk Kuching, Miri, Bintulu, Mukah, Sarikei dan Song.

Yang turut hadir pada majlis perasmian itu Ketua Pegawai ICT Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit, Encik Joseph Elo; Penyelia Unit Pengurusan Organisasi dan Perkhidmat­an PPD Kapit, Encik Philip Keling; Guru Besar SK Kapit, Encik John anak Rimbar; Guru Besar SK Lepong Balleh, Encik Malang anak Biat dan Pegawai Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Cik Raja Nurul Hasliza Raja Azman.

Coding@schools adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan diselarask­an oleh Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Pengisian program dan pelaksanaa­nnya dikendalik­an oleh Startupmal­aysia.org bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah mempelajar­i asas dan serta prinsip pengekodan secara praktikal dalam usaha menggalakk­an inovasi dalam kalangan generasi muda.

Bagi Puan Josephine Nanti anak Aga, 31, pula, program berkenaan akan dapat memupuk minat Encik Ahmad Rizal anaknya, Elridge Neville anak Ngerubang, 11, kepada kemahiran komputer kerana ia memberi pendedahan kepada ilmu yang akan dimanfaatk­an pada alam pekerjaan nanti.

“Anak saya memang minat bermain komputer, namun saya tidak mampu untuk membelinya, jadi peluang menyertai program seperti ini memang baik untuknya menambah pengetahua­n ICT,” katanya.

Sementara itu, Encik Ahmad Rizal berkata, idea melaksanak­an program itu dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri selepas membuat lawatan ke Lembah Silikon di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pangkalan syarikat ICT terkemuka dunia dua tahun lalu.

Katanya, penganjura­n program itu bukan sekadar untuk murid membangunk­an aplikasi, laman sesawang dan belajar pengekodan, tetapi supaya mereka dapat berfikir di luar kotak.

Beliau berkata, inisiatif itu adalah usaha Kementeria­n Kewangan dalam memberi keistimewa­an sama rata kepada murid tidak mengira di bandar, luar bandar mahu pun pedalaman bersaing menerusi program yang dianjurkan sebelum berentap di National Code Challenge (NCC) yang akan berlangsun­g hujung bulan ini di ibu negara.

“Diharap pengetahua­n ini boleh digunakan untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan atas talian, kerjaya bidang animasi serta pengaturca­ra komputer,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Peserta Coding@schools di SK Lepong Balleh tekun membangunk­an laman sesawang yang diajar fasilitato­r.
Peserta Coding@schools di SK Lepong Balleh tekun membangunk­an laman sesawang yang diajar fasilitato­r.
 ??  ?? Peserta Coding@schools, Elridge Neville (tiga dari kanan barisan depan) bersama-sama keluargany­a di rumah panjang Umping, Lepong Balleh, Kapit.
Peserta Coding@schools, Elridge Neville (tiga dari kanan barisan depan) bersama-sama keluargany­a di rumah panjang Umping, Lepong Balleh, Kapit.
 ??  ?? Encik Ahmad Rizal (enam dari kanan barisan belakang) bersama-sama peserta Coding@ Schools di SK Lepong Balleh, Kapit, Sarawak.
Encik Ahmad Rizal (enam dari kanan barisan belakang) bersama-sama peserta Coding@ Schools di SK Lepong Balleh, Kapit, Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia