Berita Harian

Indeks FBMKLCI masih mencari rentak

-

Pasaran saham pada minggu lalu dibuka 0.98 mata lebih tinggi kepada 1747.91, berikutan pengumuman mengenai Bajet 2018. Bagaimanap­un, peningkata­n itu tidak dapat bertahan dan mula merosot dan ditutup pada paras 1740.93.

Bagi prestasi bulanan, Indeks FBMKLCI jatuh untuk tiga bulan berturut-turut dan cenderung untuk turun dengan paras sokongan di paras 1,730.

Indeks penanda aras saham tempatan itu masih lagi berada di jajaran paras rintangan 1,800 dan paras sokongan 1,730 sejak April lalu. Pasaran masih lagi mendatar.

Dalam tempoh tujuh hari yang lalu, aliran keluar asing bersih adalah RM72.3 juta.

Bagi prestasi mingguan, pada Isnin lalu Indeks FBM KLCI naik

2.22 mata kepada 1,748.35 selepas pengumuman pasca Bajet 2018.

Kebanyakan pasaran Asia meningkat pada hari itu apabila pelabur menunggu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memilih siapa yang akan mengetuai Rizab Persekutua­n AS (Fed AS) dan juga pengeluara­n data serantau.

Jumlah dagangan tempatan meningkat kepada RM2.877 bilion saham bernilai RM2.154 bilion. Semua sektor di Bursa meningkat. Indeks FBM KLCI bermula minggu lalu dengan catatan yang kukuh.

Keuntungan yang ketara termasuk Carlsberg, yang naik 32 sen (+2.04 peratus), Lafarge Malaysia meningkat +32 sen (+4.73 peratus), Globetroni­cs +21 sen (+3.31 peratus), PMBTECH +18 sen (+5.79 peratus), MYEG +RM0.16 (+7.8 peratus), Suria Capital +14 sen(+ 7.18 peratus), Sapura Energy +10 sen (+6.76 peratus), Yinson +10 sen (+2.56 peratus), MRCB +10 sen (+9.71 peratus), UOA Developmen­t +10 sen (+4.21 peratus), FPI +9 sen (+6.21 peratus) dan WCT +9 sen (+5.59 peratus).

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu adalah pada RM133.4 juta. Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.2375.

Pada Selasa, Indeks FBM KLCI ditutup rendah, jatuh 0.43 mata kepada 1,747.92.

Pasaran saham Asia kebanyakan­nya lebih tinggi dengan keuntungan sederhana berikutan petunjuk negatif semalaman dari Wall Street dan pelabur mencerna data rasmi yang dikeluarka­n PMI China untuk Oktober tersasar dari jangkaan ahli ekonomi.

Jumlah dagangan bursa tempatan meningkat kepada 3.150 bilion saham bernilai RM2.783 bilion.

Kaunter untung termasuk Sarawak Oil Palm +17 sen (+ 3.85 peratus), Airasia +16 sen (+5.03 peratus), MMC Corp +15 sen (+8.15 peratus), Press Metal +12 sen

(+2.78 peratus), Ge Shen +10 sen (+4.1 peratus), United Melaka +10 sen (+1.5 peratus), Kim Loong +8 sen (+1.76 peratus) dan Malaysia Marine and Heavy Engineerin­g +6.5 sen (+8.61 peratus).

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran keluar bersih hari itu pada -RM59.1 juta. Ringgit menambah nilai terhadap dolar AS kepada 4.2310.

Pada Rabu, Indeks FBM KLCI merosot 3.99 mata kepada

1,743.93.

Keyakinan pengguna AS

Pasaran saham Asia kebanyakan­nya lebih tinggi berikutan keyakinan mengenai pertumbuha­n ekonomi global selepas data menunjukka­n bahawa keyakinan pengguna AS pada Oktober naik ke paras tertinggi untuk hampir 17 tahun dan indeks Pengurus Pembelian Caixin China untuk Oktober sejajar dengan jangkaan ahli ekonomi.

Jumlah dagangan tempatan jatuh kepada 3.065 bilion bernilai RM2.302 bilion berbanding dagangan semalam jumlah 3.15 bilion bernilai RM2.783 bilion.

Sektor kebanyakan­nya jatuh dengan sektor pembinaan yang menerajui kerugian.

Kaunter untung termasuk PMBTECH +36 sen (+10.75 peratus), PMETAL +29 sen (+6.55 peratus), SUIWAH +15 sen (+5.66 peratus), VIS +10 sen (+ 8.7 peratus), GHLSYSTEM +11 sen (+8.87 peratus) dan ATLAN +9 sen (+5.73 peratus).

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran masuk bersih hari itu adalah pada RM20.9 juta. Ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS kepada 4.2315.

Pada Khamis, Indeks FBM KLCI ditutup jatuh 2.88 mata kepada 1,741.05, berikutan penurunan saham mewah seperti BAT -54 sen (1.41 peratus), Petronas Gas -18 sen (-1.0 peratus) dan AMMB -5 sen (1.15 peratus) yang membuat kesuraman di pasaran tempatan.

Kebanyakan indeks utama Asia merosot pada Khamis walaupun indeks ekuiti serantau meningkat sedikit.

Pelabur juga mencerna keputusan Fed AS untuk mengekalka­n kadar faedah yang stabil.

Sesetengah pasaran tertekan berikutan pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikan baru-baru ini.

Jumlah dagangan turun sedikit pada 2.905 bilion saham bernilai RM2.087 bilion.

Kebanyakan sektor menurun kecuali sektor teknologi, perladanga­n dan kewangan.

Keuntungan yang ketara termasukla­h PMB Tech +48 sen (12.94 peratus), Batu Kawan +24 sen (+1.21 peratus), Ornapaper +17 sen (+11.89 peratus), Press Metal +15 sen (+3.18 peratus),kim Loong +9 sen (+1.96 peratus) dan pemulihan sedikit dari Iwcity +6 sen (+ 4.65 peratus) dan Ekovest +4 sen (+4.21 peratus).

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran keluar bersih hari itu pada -RM72.3 juta. Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS kepada 4.2310.

Pada Jumaat, Indeks FBM KLCI ditutup jatuh 0.12 mata kepada 1,740.93.

Saham Asia ditutup bercampur dalam perdaganga­n yang nipis berikutan hari cuti dan pelabur mencerna data ekonomi China yang tidak menentu, pilihan Trump untuk Ketua Fed AS dan seterusnya pelan potongan cukai AS.

Jumlah dagangan turun sedikit kepada 2.801 bilion saham bernilai RM1.974 bilion berbanding jumlah dagangan sebelumnya sebanyak 2.905 saham bernilai RM2.087 bilion.

Kebanyakan sektor jatuh kecuali sektor teknologi, perladanga­n dan kewangan.

Eksport meningkat

Kaunter untung termasukla­h PMB Tech +23 sen (+5.49 peratus), JHM +22 sen (+7.48 peratus), PMETAL +19 sen (+3.9 peratus), SPSETIA +18 sen (+5.5 peratus), SKPRESS +14 sen (+7.91 peratus) dan UCHITECH +10 sen (+3.44 peratus) dan Ekovest +4 sen (+4.21 peratus).

Eksport Malaysia bagi September meningkat 14.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, ia perlahan untuk dua bulan berturut-turut, walaupun terdapat permintaan yang kukuh untuk barangan perkilanga­n dari China dan Eropah.

Pertumbuha­n eksport berada di bawah unjuran kenaikan 18 peratus, yang diunjurkan Reuters, dan merosot dengan ketara berbanding 21.5 peratus pada Ogos dan 30.9 peratus pada Julai.

Mengikut perangkaan Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing pada hari itu berada pada RM51.5 juta. Ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.2362.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia