Berita Harian

Tak sempat jumpa anak, isteri

Jurukimpal dalam perjalanan ke FELDA Jengka maut motosikal terbabas masuk longkang

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@bh.com.my Seremban

Perjalanan pulang seorang jurukimpal untuk bertemu isteri dan anaknya di FELDA Jengka, Pahang berakhir tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditunggang, kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah berhampira­n Bukit Putus.

Kejadian jam 7.52 pagi semalam, menyebabka­n Mohamad Syahrul Nazzim Shamsuri, 23, dari FELDA Jengka, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Abangnya, Mohd Haizat, 34, berkata dia mengetahui kemalangan menimpa adik bongsu daripada lapan beradik itu kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, adiknya baru bekerja di sebuah kilang di Rantau sebulan lalu dan menyewa bersama rakannya di Senawang.

“Dia dalam perjalanan pulang ke FELDA Jengka untuk bertemu isteri dan anak lelakinya berusia tujuh bulan yang tinggal di sana, tetapi sudah takdir dia tidak sempat bertemu mereka,” katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Mohd Haizat yang tinggal di Senawang berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya pada Aidiladha lalu di rumah keluarga mereka di FELDA Jengka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata kejadian dipercayai apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah Seremban, terbabas ke laluan bertentang­an dan bertembung sebuah kereta dari arah Kuala Pilah.

Pemandu kereta cedera

Beliau berkata, kejadian itu menyebabka­n mangsa tercampak ke dalam longkang di sebelah kanan bersama motosikal ditunggang­nya.

“Pemandu kereta, seorang lelaki berusia 40 tahun hanya cedera ringan dan kini mendapatka­n rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah,” katanya.

Hock Poh berkata, mangsa kemudian dibawa ke HTJ, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Dia dalam perjalanan pulang untuk bertemu isteri dan anak lelakinya berusia tujuh bulan” Mohd Haizat, Abang

 ??  ?? Mohamad Syahrul
Mohamad Syahrul
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia