Berita Harian

Sembilan parah bas ekspres langgar pembahagi jalan

-

Hulu Selangor: Sembilan parah, manakala 15 yang lain cedera apabila bas ekspres dinaiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 434.9 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampira­n Bukit Beruntung, awal pagi semalam.

Sembilan yang parah termasuk pemandu bas, Rahman Mohd Tahir, 57, dan pemandu kedua, Sareh Mustafa, 45, manakala dua lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bawa 24 penumpang

Dalam kemalangan kira-kira jam 5 pagi itu, bas yang membawa 24 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke ibu negara sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superinten­dan Lim Bak Phai, berkata semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh dengan sembilan yang parah ditempatka­n di zon merah, zon kuning (8) dan zon hijau (7).

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu gagal mengawal kenderaan ketika melalui lokasi kejadian dan melanggar penghadang besi di tengah lebuh raya.

Bas terbabas masuk ke lorong bertentang­an sebelum terjatuh ke dalam parit dan terbalik.

“Punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti kerana masih belum dapat mengambil keterangan pemandu yang masih dirawat di zon merah,” katanya.

Dalam pada itu, Bak Phai berkata, semakan mendapati pemandu bas terbabit tidak mempunyai saman, namun bas berkenaan pernah 19 kali disaman sejak 2012 hingga Ogos lalu.

Katanya, ada 13 saman terhadap bas itu atas kesalahan dipandu laju serta masing-masing dua bagi kesalahan alat komunikasi, terbabit kemalangan dan kesalahan larangan memotong.

Tujuh penumpang yang parah dikenal pasti sebagai Amirah Farhanah Abd Aziz, 20; Desa Judin, 71; Fatin Nabila Ahmad, 23; Ishak Mohd Nor, 27; K Saravanan, 36; Siti Maizatul Asma, 18, dan Khalilur Rahman, 41.

Penumpang cedera, Muhamad Fakrul Nazri Shahid, 21; Zakiah Zakaria, 23; Md Samiun Alam Sumit, 24; K Minachi, 21; Amir Hakim Jafri, 18; Muahammad Fais Ahmad Mesdi, 24; Muhamad Illyas Zakaria, 11, dan Muhammad Shafiq Ikhwan Sareh, 15.

Ada 13 saman terhadap bas itu atas kesalahan dipandu laju serta dua bagi kesalahan alat komunikasi, terbabit kemalangan dan kesalahan larangan memotong” Lim Bak Phai, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Bas ekspres terbalik di Kilometer 434.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Sungai Buaya semalam, manakala gambar bawah pasukan paramedik memberi rawatan kecemasan kepada penumpang bas ekspres yang cedera.
[FOTO IHSAN BOMBA] Bas ekspres terbalik di Kilometer 434.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Sungai Buaya semalam, manakala gambar bawah pasukan paramedik memberi rawatan kecemasan kepada penumpang bas ekspres yang cedera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia