Berita Harian

Jenazah 4 beranak selamat disemadi

-

Kuala Terengganu: Cuaca mendung dan hujan renyai seketika mengiringi pengebumia­n jenazah empat sekeluarga yang maut dalam nahas di Kilometer 33, Jalan Terengganu–kuantan di hadapan Penjara Marang, petang kelmarin.

Jenazah semua mangsa selamat dikebumika­n dalam satu liang jam 4.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jerung Surau, Wakaf Tapai, Marang.

Lebih 200 ahli keluarga, sanak saudara dan rakan keluarga mangsa memenuhi tanah perkuburan untuk memberi penghormat­an terakhir.

Terdahulu, jenazah Mhd Saari Muda, 52; isteri, Mizah Mamat, 56, dan anak perempuan mereka, Saerah Saari, 18, serta anak saudara Mhd Saari, Nur Adibah Ramli, 19, dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, jam 2 petang, selepas selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dibawa menaiki van jenazah ke Masjid Kampung Jerung Surau untuk disolatkan jam 3 petang.

Reda pemergian anak

Sementara itu bapa Nur Adibah, Ramli Mamat, 46, berkata, beliau akan berehat daripada berniaga sementara waktu untuk mencari semangat baharu selepas kehilangan anak.

“Nur Adibah bekerja membantu saya berniaga santan di Pasar Wakaf Tapai, Marang. Kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya, tetapi saya belum ada kekuatan untuk terus berniaga selepas ini kerana pasti akan terbayangk­an saat bersamanya di pasar.

“Nur Adibah, anak ketiga daripada enam beradik anak yang ceria dan manja serta rajin membantu saya berniaga. Disebabkan itu, kehilangan­nya memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya sayu.

Anak Allahyarha­m Mhd Saari dan Mizah, Nurul Huda Asarah yang masih terkejut dengan kejadian mengorbank­an tiga anggota keluargany­a masih bersedih dan enggan ditemubual.

Dalam nahas jam 6.40 petang itu, kereta PROTON Aeroback dipandu Mhd Saari remuk teruk selepas bertembung sebuah bas persiaran membawa 30 pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Baging, Kuantan, Pahang, yang dalam perjalanan pulang daripada lawatan di Pusat Sains Kuala Terengganu.

Kereta terbabas

Kemalangan dipercayai berlaku apabila PROTON Saga berkenaan yang menghala ke Marang terbabas ke kanan jalan sebelum terbabas semula ke laluan asal.

Bagaimanap­un bas persiaran dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun cuba mengelak ke kanan dan tidak sempat masuk semula ke laluan asal lalu bertembung dengan kereta terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia