Berita Harian

Bekalan air bersih mencukupi tahun depan

LRA Langat 2 siap Julai tahun depan beri manfaat sejuta penduduk

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kira-kira sejuta penduduk di Hulu Langat bakal menikmati air bersih yang mencukupi menjelang pertengaha­n tahun depan.

Ia berikutan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 yang kini sudah 90 peratus dibangunka­n dan dijangka siap sepenuhnya Julai tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata keseluruha­n projek LRA itu dijangka beroperasi sepenuhnya Disember 2019 bagi membekalka­n 25 peratus bekalan air terawat kepada penduduk Lembah Klang.

1.13 juta liter air sehari

Katanya, 25 peratus bekalan air terawat ini merangkumi 1.13 juta liter air sehari.

“Bekalan air bersih disalurkan daripada Empangan Kelau, Pahang merentasi banjaran Titiwangsa sepanjang 48 kilometer.

“Penduduk Hulu Langat bakal menikmati bekalan air ini setelah pembinaan loji siap pada tahun depan.

“Penduduk Lembah Klang pula akan menikmatin­ya selepas kerja pemasangan paip di Koridor Utara dan Koridor Barat yang dijangka siap pada tahun 2019,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Alam Sekitar ‘Friends Of Langat River’ di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Baik pulih anak sungai 50KM

Menerusi program itu, sebuah anak sungai dari kampus UKM ke Sungai Langat sepanjang 50 kilometer sedang dibaik pulih dan sebuah Pusat Pendidikan Komuniti Sungai Langat diwujudkan bagi menanam kecintaan masyarakat terhadap pentingnya sumber air yang bersih.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

LRA Langat 2 dibina berikutan permintaan tinggi, peningkata­n jumlah penduduk serta pertumbuha­n pesat di Lembah Klang.

Permintaan bekalan air dijangka meningkat sebanyak tiga peratus setiap tahun dan kapasiti bekalan air terawat perlu ditingkatk­an bagi mengelak masalah krisis bekalan air menjelang tahun 2020.

Keseluruha­n projek LRA itu dijangka beroperasi sepenuhnya Disember 2019 bagi bekalkan 25 peratus bekalan air terawat kepada penduduk Lembah Klang” Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KETTHA

 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Zaini dan Mohd Ekhwan bersama rakan agensi kerajaan dan UKM bergotong-royong membersihk­an sampah anak Sungai Langat pada Majlis Sambutan Alam Sekitar ‘Friends Of Langat River’ di UKM, Bangi, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Zaini dan Mohd Ekhwan bersama rakan agensi kerajaan dan UKM bergotong-royong membersihk­an sampah anak Sungai Langat pada Majlis Sambutan Alam Sekitar ‘Friends Of Langat River’ di UKM, Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia