Berita Harian

Hanya 10,000 rakyat Pahang daftar aplikasi VSP

-

Kuantan: Hanya 10,000 rakyat di Pahang mendaftar dengan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) selepas tujuh bulan dilancarka­n, jauh daripada sasaran 500,000 yang ditetapkan sehingga hujung tahun ini.

VSP adalah inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis menerusi aplikasi maya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, berkata pihaknya meminta rakyat di seluruh daerah mendaftar dengan VSP demi kebaikan mereka serta turut sama dengan pihak keselamata­n dalam membantu mengurangk­an jenayah di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, polis negeri ini juga akan laksanakan lebih banyak program promosi bagi menambahka­n jumlah berkenaan.

“Kita mahu lebih ramai orang awam mendaftar aplikasi VSP ini bagi memudahkan kerjasama antara mereka dan polis mencegah kes jenayah di kawasan masingmasi­ng,” katanya di sini, semalam.

Usaha cegah jenayah

Rosli berkata, aplikasi itu adalah inisiatif baru selepas Rakan Cop bagi merancakka­n aktiviti pengawasan dan pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga kini kira-kira 10 peratus daripada jumlah pengguna yang mendaftar itu aktif dalam memberi info kepada polis berkaitan kes jenayah di kawasan mereka,” katanya.

Selain itu, katanya, aplikasi di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu memberi kemudahan kepada pengguna telefon pintar untuk menyalurka­n maklumat atau aduan dilengkapi gambar dan video mengenai kejadian jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

Katanya, orang ramai yang tidak mempunyai telefon pintar pula turut boleh menyalurka­n maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) di talian Rakan Cop.

“Pengguna aplikasi ini hanya perlu berkongsi maklumat serta gambar dan video mengenai kejadian jenayah supaya lebih mudah kita memberikan bantuan kepada mereka.

“Kita berharap semua pihak boleh bekerjasam­a dalam meningkatk­an pendaftara­n aplikasi berkenaan sekali gus bersama membantu PDRM dalam membantera­s kes jenayah di negeri ini,” katanya.

 ?? [FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] ?? Rosli memeriksa barisan anggota Skim Rondaan Sukarela selepas majlis pelancaran aplikasi VSP peringkat Kontinjen Pahang di Taman Indera Sempurna, semalam.
[FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB/BH] Rosli memeriksa barisan anggota Skim Rondaan Sukarela selepas majlis pelancaran aplikasi VSP peringkat Kontinjen Pahang di Taman Indera Sempurna, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia