Berita Harian

Tindakan tegas lucut tawaran pemilikan jika rumah disewa

-

Kuantan: Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang perlu bertindak tegas melucutkan tawaran pemilikan rumah di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, di sini, yang menyewakan kediaman masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Datuk Mohd Zaili Besar, berkata siasatan pihaknya mendapati banyak kes pemilik PAKR menyewakan rumah mereka dengan harga RM300 hingga RM350 sebulan.

Beliau berkata, kerajaan membina PAKR untuk membantu rakyat berpendapa­tan rendah memiliki rumah sendiri bukan untuk disewakan bagi mendapatka­n wang tambahan setiap bulan.

Katanya, terdapat juga kes pemilik yang menyewakan rumah mereka tidak melunaskan bayaran bulanan dengan pelbagai alasan tidak munasabah hingga menimbulka­n masalah.

‘Tambah harta peribadi’

“Saya juga difahamkan ada pemilik rumah PAKR Sungai Pandan sudah memilik rumah di tempat lain, permohonan memiliki rumah kos rendah kerajaan itu lebih kepada untuk menambah harta peribadi.

“Usaha kerajaan membantu rakyat berpendapa­t rendah memiliki rumah sendiri tidak akan tercapai jika rumah PAKR dimiliki golongan tidak layak,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Penduduk dan Penyerahan Kunci Rumah PAKR Sungai Pandan di sini, semalam.

Seramai 56 penerima baharu menerima kunci rumah menggunaka­n sistem sewa beli yang memerlukan mereka membayar RM228 sebulan. Terdapat 2,200 unit PAKR Sungai Pandan.

Mohd Zaili turut mengingatk­an pemilik PAKR Sungai Pandan tidak mengabaika­n bayaran bulanan rumah mereka bagi mengelak tindakan dikenakan kerana bayaran RM228 sebulan itu sudah rendah dan berpatutan.

Beliau berkata, bagi memastikan pemilik membayar rumah mereka setiap bulan seperti ditetapkan bahagian perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan perlu bertindak tegas dengan mengeluark­an surat amaran sekiranya berlaku kelewatan.

Cuai, ambil mudah

“Terdapat kes pemilik bertemu saya menyatakan dia tidak dapat membayar rumah selama 12 bulan, saya berpendapa­t individu terbabit bukan tidak mampu membayar tetapi cuai dan mengambil mudah.

“Kerajaan Persekutua­n menyediaka­n peruntukan lebih RM20 juta untuk membaiki rumah PAKR Sungai Pandan yang mengalami kerosakan berikutan ditengelam­i banjir besar 2013,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia