Berita Harian

BUANG VIDEO PERTAMA

Vida sanggup belanja besar demi klip muzik single perdana

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Bagi wanita ini, beliau sangat mementingk­an kepuasan dan ketelitian dalam sesuatu perkara diusahakan­nya. Apatah lagi andai ia membabitka­n identiti dirinya yang semakin dikenali.

Justeru, apabila video muzik single pertamanya, I Am Me yang diterbitka­n sebelum ini dilihat tidak mencapai piawaian dimahukan dan kurang memuaskan hatinya, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida sanggup mengeluark­an belanja besar untuk menghasilk­annya semula.

Menggunaka­n khidmat pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar, Vida menjadikan bintang antarabang­sa, Kety Perry, sebagai rujukan bagi video muzik yang menelan belanja hampir RM1 juta itu.

“Apabila saya penat, selalunya saya akan menonton video muzik Perry berjudul Roar dan Dark Horse, yang membuatkan saya khayal seketika,” katanya yang menyasarka­n tontonan 100 juta di YouTube untuk klip berkenaan.

Kata Vida, beliau mengambil masa kirakira tiga minggu untuk mendapatka­n idea penghasila­n video itu.

“Saya tidak puas hati dengan muzik video sebelum ini kerana ia tidak melambangk­an diri saya. Seperti diketahui, saya bukan bukan seorang yang biasabiasa.

“Walaupun terpaksa membu ang saja video pertama itu, tidak mengapalah kerana saya mahukan kepuasan,” katanya yang turut menegaskan, dirinya tidak meniru klip video Taylor Swift berjudul

Look What You Made Me Do membabitka­n babak dalam tab mandi dipenuhi wang dan barang kemas.

Menangis kerana dikecam

Ketika tampil melancarka­n video itu di ibu kota barubaru ini, Vida, 46, mengenakan pakaian dihiasi bulu ayam seperti diperagaka­n dalam klip terbabit.

Tiba di lokasi dengan menaiki kereta mewah berwarna merah jambu, kemunculan­nya tentu saja mendapat perhatian ramai.

Begitupun, ada juga yang menganggap penampilan­nya dengan imej sebegitu seakanakan penari kabaret.

“Saya memiliki 15 koleksi pakaian bulu ayam dan tak tahu bila nak pakai, jadi saya gunakan dalam muzik video ini. Saya kena terima sebarang kecaman netizen walaupun kadangkada­ng, ayatayat pedih berkenaan sukar untuk diterima. Begitupun, saya kena telan juga.

“Alhamdulil­lah, saya ramai penyokong. Saya pernah menangis akibat kecaman dilemparka­n, sehingga ada yang mengata saya ada duit, tetapi tiada kelas. Perkara sebegitu saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitah­u, setiap barangan yang digayakan dalam muzik video itu

akan dilelong, termasuk cincin bernilai antara RM200,000 hingga RM400,000.

Acara lelongan yang dirancang pada penghujung tahun ini itu bagi mengumpul dana untuk menubuhkan pusat tahfiz miliknya, di Tanah Merah, Kelantan.

Sudah rancang single kedua

Bercerita mengenai dunia seni suara, Vida mendedahka­n beliau sudah mempunyai perancanga­n untuk single kedua, tahun depan. Kali ini, konsep yang akan diketengah­kan adalah berbeza dan beliau berharap lagu terbabit nanti lebih baik daripada sebelumnya.

“Saya ada senjata yang akan ditonjolka­n dalam single kedua nanti. Saya juga belum memutuskan siapa komposer yang akan

bekerjasam­a, tetapi, Edry (Abdul Halim) nampaknya sudah faham jiwa saya. Lagipun, saya tak perlu menyewa studio jika bekerjasam­a dengannya,” kata Vida.

Menyentuh dakwaan berlaku pertikaian antara dirinya dengan Edry berhubung lirik lagu terbabit, Vida enggan mengulas lanjut. Nama Vida tidak dikreditka­n sebagai penulis lirik lagu berkenaan.

“Edry yang menjadikan saya seperti hari ini dan tanpa dirinya, mungkin lagu ini takkan terhasil. Lupakan yang negatif dan ambil saja yang positif.

“Saya buat lagu ini ketika dalam kereta dan apabila tiada nama saya sebagai penulis lirik, agak terkilan juga. Tetapi, saya sudah belajar dan lebih berpengala­man untuk lagu seterusnya,” kata Vida.

Saya tidak puas hati dengan muzik video sebelum ini kerana ia tidak melambangk­an diri saya. Seperti diketahui, saya bukan bukan seorang yang biasa-biasa” Vida

 ??  ??
 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ] ??
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ]
 ??  ?? Vida ketika tiba pada majlis pelancaran video muzik IAMME di Pavilion, Kuala Lumpur.
Vida ketika tiba pada majlis pelancaran video muzik IAMME di Pavilion, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia