Berita Harian

Pernah mengemis di Chow Kit

Komposer terkenal kenang kisah duka sebelum berjaya dalam dunia muzik

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Daripada seorang bekas pemanjat kelapa, buruh binaan dan anak yang terabai kasih sayang ketika dirinya amat memerlukan, kepayahan yang dilalui akhirnya menghadiah­kan kejayaan buat insan bernama Saari Amri.

Insan seni cukup berbakat ini juga membuktika­n kejayaan bukan hanya menjadi milik mereka yang mempunyai segulung ijazah.

Saari Amri atau nama sebenarnya Saari Jusoh, membuktika­n tanpa kelayakan akademik, dia mampu membina nama sebagai ikon terhebat dalam industri muzik tanah air sekitar era 1990an.

Sebut saja namanya, pasti ramai dapat membayangk­an wajah penyanyi yang pernah popular dengan lagu ciptaannya seperti Ziana Zain, Ukays, Slam, Ella, Shima, Nike Ardilla, Azie dan Aris Ariwatan.

Boleh dikatakan, Saari memiliki sentuhan emas kerana setiap karya yang dihasilkan­nya pasti popular dan menjadi pilihan deejay untuk diputarkan di radio.

Tidak keterlalua­n juga andai dikatakan, dia seorang komposer dan penulis lirik paling popular serta hidup mewah hasil royalti lagu hits ciptaannya ketika itu.

Bekerja seawal usia 12 tahun

Mengimbau kembali detik awal ketika mula menceburka­n diri dalam dunia muzik, lelaki berasal dari Kelantan ini mengaku, untuk mencapai kedudukan sekarang, ia tidaklah semudah disangka. Terla lu banyak halangan dan onak duri ditempuhin­ya.

“Saya tak belajar tinggi dan sekolah pula setakat darjah enam, atas faktor kemiskinan. Pada usia 12 tahun, saya sudah bekerja di ladang kelapa dan empat tahun kemudian, saya berhijrah ke Singapura dan menjadi buruh kontrak di sana. Ketika bercampur dengan kawankawan di sana, saya mula berjinakji­nak dengan muzik, iaitu bermain gitar.

“Ketika itu, ada juga saya mencipta lagu sendiri dan memperdeng­arkan karya itu kepada mereka. Dari situlah mereka mula mengesan bakat saya dan meminta saya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib, sekali gus merealisas­ikan hasrat menjadi penyanyi dan pencipta lagu,” cerita Saari.

Saya memang tak memilih kerja kerana saya sedar, saya tidak belajar tinggi. Bagaimanap­un, saya anggap ia sebagai peluang terbaik untuk mengejar cita-cita, hinggalah saya ditawarkan memegang jawatan Pengurus di syarikat rakaman terbabit” Saari Amri, Komposer

Dia berkata demikian dalam pertemuan eksklusif bersama HIP di kediamanny­a di Pandan Mewah, Ampang, baru-baru ini.

Sangkanya, perjalanan untuk mengejar cita-citanya itu dipermudah­kan, namun apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

“Banyak lagu yang saya hantar ke syarikat rakaman kena tolak. Pada pendengara­n saya, lagu yang saya cipta itu sedap didengar, tetapi syarikat rakaman mempunyai pandangan berbeza.

“Apabila habis wang simpanan, saya kembali ke kampung. Kemudian, datang semula ke ibu kota untuk mencuba nasib buat kesekian kalinya. Mengenangk­an kembali zaman susah dulu, saya memang sedih. Pernah satu tahap, saya terpaksa mengemis, meminta makanan di kawasan Jalan Chow Kit sematamata untuk meneruskan hidup. Mujurlah ada yang bersimpati.

“Puas mencuba, akhirnya Tuhan membuka pintu rezeki saya apabila lagu saya diterima syarikat rakaman NSR. Lagu itu berjudul Pandang Pertama, nyanyian Rohana Jalil. Kiranya, itulah lagu saya yang pertama diambil syarikat rakaman,” imbas bapa kepada empat cahaya mata ini.

Lagu Pasti ubah kehidupan

Pintu untuk menempa kejayaan seterusnya terbuka apabila sebuah lagi lagu ciptaannya menjadi popular dan menurut Saari, ia menjadi detik paling manis, yang seterusnya membawa langkahnya sehingga berada pada kedudukan hari ini.

“Waktu itu, saya bekerja kilang di Cheras dan lagu saya, Pasti, dinyanyika­n kumpulan Mega menjadi hits. Percaya dengan bakat saya, bos syarikat rakaman BMG Records waktu itu, Datuk Aziz Bakar, menawarkan saya bekerja di bahagian stor dan dari situlah saya menimba pengalaman sambil mencipta lagu.

“Saya memang tak memilih kerja kerana saya sedar, saya tidak belajar tinggi. Bagaimanap­un, saya anggap ia sebagai peluang terbaik untuk mengejar cita-cita, hinggalah saya ditawarkan memegang jawatan Pengurus di syarikat rakaman terbabit,” kata Saari, 50.

Sebagai komposer yang tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang muzik, Saari memberitah­u, dia mempunyai formula tersendiri dalam menghasilk­an lagu.

“Setiap lagu dihasilkan datangnya dari hati kerana saya percaya, pendengar boleh rasa dan menjiwai karya yang dihasilkan secara jujur. Sebab itu, lagu yang dicipta sebegitu mudah diterima dan menjadi popular. Saya juga suka menghasilk­an lagu bernada tinggi kerana ia menerbitka­n rasa teruja sebagai seorang komposer,” katanya.

Dedah rahsia nama Amri

Tentu ramai ingin tahu, dari mana datangnya Amri yang diletakkan pada penghujung namanya itu. Dedah Saari, ada maksud tersendiri di sebalik penghasila­n nama itu.

“Selepas mak dan ayah berpisah, saya dibesarkan emak. Dialah yang banyak berkorban untuk saya. Pada mulanya saya letak nama saya sebagai Saari AM yang bermaksud Saari anak mak. Bagaimanap­un, untuk menyedapka­n lagi nama itu, kawankawan mencadangk­an supaya ia dipanjangk­an menjadi Amri. Lagipun bunyinya lebih sedap,” ujarnya.

Sementara itu, kelibatnya yang jarang kelihatan di kaca televisyen membuatkan ramai menyangka Saari kini dipinggirk­an berikutan dirinya sudah tidak lagi relevan kepada industri.

Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Saari menepis dakwaan tidak berasas itu.

“Saya masih lagi aktif mencipta lagu. Terbaru, saya ada menerbitka­n album baharu penyanyi, Aris Ariwatan, dan single untuk mereka yang berminat menjadi penyanyi. Saya juga sering mendapat undangan menjadi juri pertanding­an nyanyian.

“Pernah juga saya ditawarkan menjadi juri tetap program realiti. Bagaimanap­un, saya terpaksa menolaknya kerana pernah berlaku sebelum ini, peserta yang saya pilih dan dirasakan layak untuk menang digagalkan kerana produksi mahu peserta lain, atas pelbagai alasan. Perkara seperti inilah yang membuatkan saya tawar hati untuk menerima sebarang undangan. Lebih selesa duduk di belakang tabir sahaja,” kata Saari yang pernah mencuba nasib menjadi penyanyi bersama kumpulan Ways ini.

Guna duit royalti besarkan anak

Banyak menghabisk­an masanya di rumah dan sesekali di pejabat, Saari bersyukur kerana segala kerja keras ketika namanya berada di puncak banyak membantuny­a meneruskan kehidupan.

“Terus terang, duit royalti yang saya dapat saban tahun itulah yang digunakan untuk menampung kehidupan dan membesarka­n anakanak yang masih belajar. Bak kata orang, masa untuk menuai hasil selepas bercucuk tanam.

“Selama 30 tahun dalam industri, saya ada 600 lagu yang sudah berada di pasaran dan lagu popular saya bersilih ganti muncul di dunia muzik. Ini berbeza dengan komposer sekarang yang ada sebuah lagu popular, lepas itu senyap. Apa pun, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Lebih tenang dan santai,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDDIN SAHIB / BH ] Saari bersama trofi kemenangan, anugerah dan album penyanyi yang menyanyika­n lagu ciptaannya. ??
[ FOTO AMIRUDDIN SAHIB / BH ] Saari bersama trofi kemenangan, anugerah dan album penyanyi yang menyanyika­n lagu ciptaannya.
 ??  ?? Slam Antara penyanyi pernah popular dengan lagu ciptaan Saari.
Slam Antara penyanyi pernah popular dengan lagu ciptaan Saari.
 ??  ?? Amir Ukays
Amir Ukays
 ??  ?? Ella
Ella
 ??  ?? Erra Fazira
Erra Fazira
 ??  ?? Ziana Zain
Ziana Zain
 ??  ??
 ??  ?? Bermain gitar bersama anak bongsunya, Amri Farizuan.
Bermain gitar bersama anak bongsunya, Amri Farizuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia