Berita Harian

Percaya diri buat Fahrin terus bertahan

Pengalaman, kematangan beri keyakinan untuk kekal relevan dalam industri

- Oleh Hanisah Selamat

Bersilih ganti pelakon dan pengacara baharu hadir mewarnai industri hiburan, namun Fahrin Ahmad tidak pernah berganjak dari kedudukan kemas. Lebih 16 tahun mengabdika­n diri sebagai insan seni, lelaki berusia 38 tahun itu terus relevan dan tidak tergugat.

Baginya, pengalaman dan kematangan membuatkan dia yakin dengan kualiti dimiliki. Percaya kepada rezeki, Fahrin tidak pernah gusar meskipun industri seni sentiasa menawarkan pelbagai pilihan kepada umum.

“Ramai bertanya bagaimana saya mampu bertahan hingga kini. Kunci utama adalah mempercaya­i kemampuan diri. Selain populariti, ada pelbagai faktor lain yang membantu seseorang terus bertahan.

“Setiap kali dipanggil bekerja, saya sentiasa ingatkan diri supaya tidak memandang ringan kepercayaa­n diberikan. Saya menitikber­atkan cara bekerja, personalit­i, sikap dan layanan terhadap insan sekeliling serta disiplin diri.

“Apabila orang memberikan amanah, kita harus laksanakan tanggungja­wab sebaik mungkin. Semua faktor itu membuatkan orang sekeliling senang bekerja dengan saya sampai sekarang,” katanya.

Terus laris memenuhi tawaran lakonan, kewibawaan Fahrin terbukti apabila muncul sebagai pengacara lelaki pertama program

sejak Jun lalu.

Pelakon mengendali­kan

(ASK) 2017 bersama Jihan Muse dan Syuk Balas, barubaru ini.

Mahu kekal sihat

ini juga

Fahrin yang dilantik sebagai duta jenama produk nutrisi, GNC, berkata, kecederaan lutut ketika bermain ragbi pada usia 19 tahun mendorongn­ya mengamalka­n pengambila­n pil vitamin tambahan.

Hambatan tugas tanpa mengira waktu memerlukan tenaga berganda, membuatkan selebriti yang aktif bersukan itu menjadi pengguna tegar jenama itu.

“Saya kerap ke gimnasium bukan sematamata mahu mendapatka­n tubuh sasa, sebaliknya sudah terbiasa dengan rutin senaman. Saya gemar bersukan sejak zaman sekolah. Apabila mengalami kecederaan lutut, saya memerlukan makanan dan vitamin tambahan untuk kembali cergas.

“Saya harus mencari produk yang sesuai dengan keperluan tubuh. Apabila dilamar GNC menjadi duta produk yang sudah berpuluh tahun diperakui di luar negara ini, saya tidak berfikir panjang. Saya sudah yakin dengan keberkesan­annya.

“Menginjak usia lewat 30an, saya semakin peka terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan. Pada usia ini, saya perlu kekal sihat untuk melihat anak membesar,” kata bapa kepada permata hati yang baru mencecah usia setahun, Khalifa Fahrel.

Kasih seorang bapa

Sepasang matanya terus bersinar terutama apabila bercerita mengenai insan tersayang. Bagi suami kepada Elena Hani Eleas ini, kesibukan dengan tugasan bukan halangan untuk dia mencuri masa untuk bersama anak.

“Jika di lokasi penggambar­an, saya akan membuat panggilan video untuk melihat perkembang­an anak. Seronok kerana sekarang dia semakin bijak berceloteh dalam bahasanya sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai keengganan­nya membuka akaun Instagram (IG) berasingan untuk cahaya matanya, Fahrin berkata, dia dan isteri melihat perkara itu bukan keperluan memandangk­an zuriat mereka masih kecil.

“Setakat ini, kami selesa berkongsi perkembang­an anak menerusi IG kami. Biarlah apabila besar nanti dia membuka akaun laman sosial itu sendiri. Kami hanya akan memantau. Bagi saya, setiap ibu bapa mempunyai pandangan tersendiri.

“Jika selebriti lain selesa berkongsi perkembang­an menerusi akaun IG peribadi anak, itu hak mereka. Tiada salah kerana IG umpama album yang menyimpan pelbagai kenangan. Cuma pada masa ini, kami selesa berkongsi perkembang­an anak menerusi akaun IG kami,” katanya.

Fahrin berkata, jika ada pihak yang berminat mahu Khalifa muncul dalam iklan komersial atau kempen tertentu, dia dan isterinya sedia mempertimb­angkan perkara itu mengikut kesesuaian.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia