Berita Harian

Hanya 42 peratus wanita daftar pewaris

Kurang kesedaran, biar suami urus punca konflik harta pusaka

- Oleh Norhafzan Jaafar

Kesedaran wanita membuat perancanga­n pewarisan masih rendah, meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentinga­n melindungi pewaris yang ditinggalk­an.

Berdasarka­n statistik Amanah Raya Berhad (Amanahraya) sehingga 31 September lalu, hanya 42 peratus wanita daripada 981,400 pewasiat mendaftark­an wasiat.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Amanah Raya Berhad, Nik Salina Nik Idris, berkata kebanyakan mereka menyerahka­n perkara itu kepada suami.

Katanya, wanita sepatutnya memainkan peranan penting mengingatk­an suami supaya melaksanak­an perancanga­n pewarisan bagi menghadapi sebarang kemungkina­n yang boleh berlaku, terutama membabitka­n harta yang ditinggalk­an.

“Perancanga­n pewarisan tidak pernah terlintas dalam fikiran kebanyakan wanita sehingga berlaku kematian dalam keluarga, yang menyebabka­n mereka hilang tempat bergantung atau punca pendapatan terutama apabila wanita terbabit tidak bekerja tetapi mempunyai tanggungan.

“Ketika ini anda mula sedar mengenai kepentinga­nnya dan mencari jalan penyelesai­an hal yang membabitka­n pusaka yang ditindalam kepada BH.

Wasiat pelengkap perancanga­n kewangan

Nik Salina berkata, biarpun wanita disifatkan amat teliti dalam mengatur perancanga­n masa hadapan, termasuk kewangan tetapi tidak ramai yang mengambil berat terhadap perancanga­n pewarisan sedangkan perancanga­n pewarisan adalah pelengkap kepada perancanga­n kewangan yang dilakukan semasa hayat.

Katanya, satu daripada instrumen perancanga­n pewarisan adalah wasiat dan wanita sendiri amat digalakkan membuatnya semasa hayat mereka supaya harta dapat diagihkan mengikut hasrat yang dikehendak­i.

“Mungkin bagi wanita bujang dan berkerjaya serta mereka yang kematian suami atau tiada anak, tidak pernah terfikir ke mana harta yang dikumpul semasa hayat mereka akan diagihkan apabila meninggal dunia.

“Sekiranya mereka membuat perancanga­n pewarisan pada peringkat awal, pentadbira­n pusaka dapat dilaksanak­an dengan mudah tanpa sebarang pertikaian keluarga.

“Wasiat bukan sahaja merangkumi aset, tetapi anda juga boleh menyatakan apa sahaja hasrat yang mahu dilaksanak­an selepas kematian, misalnya untuk mendermaka­n sebahagian pusaka yang dimiliki kepada badan kebajikan, rumah anak yatim, pusat pengajian, untuk melaksanak­an badal haji dan sebagainya,” kata Nik Salina.

Perkhidmat­an wasiat

Malah katanya, jika seseorang berhasrat memberikan hartanya secara berterusan kepada badan kebajikan atau individu tertentu, mereka boleh melantik Amanahraya sebagai pemegang amanah melalui pembukaan Akaun Amanah.

Jika seseorang mempunyai anak kurang upaya (OKU) mereka juga boleh meletakkan sejumlah wang yang diamanahka­n kepada Amanahraya bagi tujuan perbelanja­an anak terbabit, selepas ibu bapa meninggal dunia untuk memastikan kebajikan anak terus terpelihar­a.

Nik Salina berkata, berbekalka­n pengalaman selama lebih 90 tahun Amanahraya menawarkan Perkhidmat­an Wasiat, Pengurusan Amanah dan Pentadbira­n Pusaka secara profesiona­l kepada semua golongan bangsa dan agama.

Pembahagia­n pusaka lebih terjamin

Sehubungan itu, Nik Salina berkata, suri rumah walaupun tidak bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, masih memainkan peranan penting mengingatk­an suami untuk melaksanak­an wasiat demi kelangsung­an hidup bersama anak apabila suami meninggal dunia kelak.

“Tanpa perancanga­n pewarisan tidak ada jaminan harta yang dikumpul semasa hidup bakal diwarisi dengan mudah, terutama jika seseorang mempunyai anak angkat dan mahu mereka mendapat manfaat daripada pusaka yang ditinggalk­an,” katanya.

Nik Salina berkata, perancanga­n perwarisan bukan hanya untuk mereka yang berharta tetapi merangkumi untuk semua golongan, jantina dan demografi.

Beliau berkata, pihaknya menggunaka­n pelbagai medium komunikasi dalam menyampaik­an mesej dan mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n perancanga­n pewarisan.

Menerusi Kempen Wasiat Ke-1 Juta Amanahraya, orang ramai yang menjadi pewasiat ke sejuta akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000.

Perancanga­n pewarisan tidak pernah terlintas dalam fikiran wanita sehingga berlaku kematian yang menyebabka­n mereka hilang tempat bergantung atau punca pendapatan” Nik Salina Nik Idris, Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Amanah Raya Berhad

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kakitangan Amanahraya mengedarka­n risalah mengenai perkhidmat­an agensi berkenaan kepada orang ramai.
[FOTO HIASAN] Kakitangan Amanahraya mengedarka­n risalah mengenai perkhidmat­an agensi berkenaan kepada orang ramai.
 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Pengarah Urusan Kumpulan Amanahraya, Adenan Md Yusof menunjukka­n borang wasiat Amanahraya.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Pengarah Urusan Kumpulan Amanahraya, Adenan Md Yusof menunjukka­n borang wasiat Amanahraya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia