Berita Harian

Finalis ratu cantik promosi produk jaga kesihatan

GINTELL jadi produk rasmi pertanding­an Miss Cosmo World 2017

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Pembekal produk penjagaan kesihatan terkemuka, GINTELL dilantik sebagai produk penjagaan kesihatan rasmi bagi pertanding­an ratu cantik, Miss Cosmo World 2017.

Jurucakap GINTELL Malaysia berkata, Miss Cosmo World 2017 disertai pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Chile, China, India, Argentina, Kazakhstan, Indonesia, Jerman, Russia dan Korea Selatan.

Katanya, 32 finalis pertanding­an anjuran CL Skin Sdn Bhd itu, mempromosi­kan produk GINTELL dan menyertai sesi interaktif di IOI City Mall, di sini, semalam.

Pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar dan beramah mesra dengan mereka.

Perkenal Hi5 Rental Plan

Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan GINTELL, Simon Hue mengumumka­n anugerah ‘Miss Perfect Body’ kepada peserta dari Russia, Svetlana Sheyko yang menerima wang tunai RM1,000.

Selain itu, semua finalis pertanding­an itu menerima bantal ajaib GINTELL bernilai RM398.

GINTELL turut memperkena­lkan Hi5 Rental Plan yang memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati urutan kelas pertama kerusi urut mewah GINTELL di rumah tanpa had kredit dan sebarang faedah.

Hi5 Rental Plan membuka peluang kepada mereka yang ingin memiliki kerusi urut impian menerusi skim pembayaran fleksibel dengan matlamat memperkasa semua lapisan masyarakat menjalani gaya hidup sihat.

Ia dirangka untuk memperbetu­lkan tanggapan ramai hanya golongan berpendapa­tan tinggi mampu membeli kerusi urut.

Jenama itu mahu setiap keluarga tanpa mengira latar belakang kewangan memiliki kerusi urut istimewa ini agar dapat menikmati kesihatan yang baik.

Pelan membabitka­n pembayaran ansuran selama 36 bulan hanya dengan lima langkah mudah dan lima ganjaran menarik termasuk hadiah percuma, jaminan tiga tahun, tiada had kredit, tanpa sebarang faedah kad kredit serta pelan naik taraf fleksibel.

Buat masa ini, pelan berkenaan hanya boleh dinikmati untuk penyewaan kerusi urut dan sofa urut terpilih.

Pelanggan pelan sewa juga boleh mendapat hadiah percuma seperti pelanggan lain, namun mereka hanya menikmati jaminan 1 + 1 iaitu dua tahun jaminan.

GINTELL diiktiraf Malaysia Book of Records pada 2015 sebagai Rantaian Kedai Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar dengan lebih 100 pusat pameran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web GINTELL, www.gintell.com atau hubungi talian khidmat pelanggan GINTELL di 1800886332 atau 0362779333.

Miss Cosmo World 2017 disertai pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Chile, China, India, Argentina, Kazakhstan, Indonesia, Jerman, Russia dan Korea Selatan” Jurucakap GINTELL Malaysia

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Hue (enam dari kanan) bersama finalis Miss Cosmo World 2017 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Hue (enam dari kanan) bersama finalis Miss Cosmo World 2017 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia