Berita Harian

Airish London bakal lebar sayap ke Indonesia

-

Kuala Lumpur: Jika kebanyakan pengusaha kosmetik Bumiputera hanya tertumpu pada pasaran dalam negara, Airish London pula mengambil langkah berani memulakan perniagaan kosmetikny­a di London.

Meskipun dianggap mustahil, jenama kosmetik itu semakin berkembang setanding jenama antarabang­sa sejak diperkenal­kan pada 2014 di London dan bakal melebarkan sayapnya di Indonesia.

Presiden Airish London, Datuk Aizuddin Ghazali, berkata permulaan pasaran di London adalah strategi pemasaran produknya dan menyuntik semangat untuk berada setaraf produk jenama antarabang­sa.

“Bukan sesuatu yang mudah, tetapi bukan mustahil. Alhamdulil­lah, strategi ini membuahkan hasil apabila lebih senang menembusi negara lain kerana bertapak di London.

“Kita mempunyai piawaian ketat dan proses penyelidik­an dan pembanguna­n produk yang lama serta dikilangka­n di Korea Selatan,” katanya selepas majlis memperkena­lkan penyanyi versatil, Shiha Zikir sebagai duta Airish London bagi Malaysia dan Indonesia.

Tembusi pasaran Indonesia

Terdahulu, penyanyi bersuara lunak itu turut melancarka­n single baharunya, Jagakan Dia yang dirasmikan kerabat diraja Pahang Datuk Seri Tengku Kamarulzam­an Sultan Abu Bakar Al-hajdi di The Royale Chulan Hotel, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengasas Airish London, Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal, berkata pelantikan Shiha sebagai duta tepat pada masanya kerana pihaknya bersedia menembusi pasaran Indonesia, kerana penyanyi itu diterima baik di sana.

Harga berpatutan

“Namanya menjadi bualan hangat dan mempunyai reputasi mengagumka­n, sekali gus selaku duta kecil Malaysia, kita percaya dapat merealisas­ikan impian Airish London secara bersama,” katanya.

Beliau berkata, harga berpatutan dan produk berkualiti membantu wanita memiliki set kecantikan wajah tanpa perlu berbelanja besar.

“Apa yang lebih positif, ramai pelajar kita di London memperoleh pendapatan sampingan apabila menjadi wakil jualan dan ejen, sekali gus merancakka­n promosi produk,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Tengku Kamarulzam­an (dua dari kanan) diiringi Aizuddin dan Jannatul Iza (kiri) merasmikan majlis memperkena­lkan Shiha sebagai duta Airish London di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Tengku Kamarulzam­an (dua dari kanan) diiringi Aizuddin dan Jannatul Iza (kiri) merasmikan majlis memperkena­lkan Shiha sebagai duta Airish London di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia