Berita Harian

Bijak pilih penasihat atasi isu suami, isteri

Apabila masalah suami isteri gagal diselesaik­an, sebaiknya mereka dapatkan bantuan pihak ketiga. Namun, bukan semua orang boleh menjadi penasihat. Ikuti garis panduan diberi Ustaz Muhammad Abdullah al-amin mengenai pihak boleh dirujuk bagi membantu pasang

-

Islam menggalakk­an umatnya berusaha memperbaik­i dan memperting­katkan hubungan silaturahi­m seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanla­h antara kedua-dua saudaramu dan bertakwala­h kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-hujurat, ayat 10)

Setiap kita tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun besar. Begitu juga hidup berkeluarg­a, maka memilih pihak yang dapat membantu memberi nasihat serta panduan tepat perlu diberi perhatian untuk merungkai permasalah­an dihadapi suami dan isteri.

Bukan sembaranga­n orang boleh menjadi tempat mengadu. Jika pada diri orang itu tiada sifat amanah dan adil, ia mungkin mengundang masalah. Hal sulit membabitka­n rahsia rumah tangga yang diadukan kepada orang tidak amanah, boleh jadi akan tersebar.

Seorang yang tidak memiliki sifat adil pula akan memberi maklum balas yang dipengaruh­i emosi. Ada kemungkina­n orang seperti itu akan menjadi penghasut yang mengusutka­n lagi masalah.

Menerusi perbincang­an dalam rancangan Pesona D’zahra di IKIMFM, Ustaz Muhammad Abdullah al-amin memberitah­u mengenai golongan yang boleh diminta memberi nasihat jika masalah dihadapi suami isteri menemui jalan buntu.

Orang berilmu

Golongan pertama adalah mereka yang arif mengenai kehidupan berumahtan­gga. Walaupun ilmu Allah SWT amat luas dan mencakupi pelbagai bidang, untuk mendapat keredaan daripada-nya manusia mesti mempunyai ilmu yang tidak bertentang­an dengan dasar syariah.

Belum tentu mereka yang mahir dalam sesuatu bidang bijak menangani konflik rumah tangga dengan baik. Dalam erti kata lain, bukan semua orang boleh menjadi penasihat yang berkesan apabila membantu individu lain dalam masalah kekeluarga­an.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Lenyap ilmu itu kerana lupa dan sia-sia ilmu itu apabila yang membahaska­n bukan ahlinya.”

Justeru, berusaha merujuk kepada mereka yang mahir seperti jabatan agama, kaunselor bertauliah dan golongan berusia yang berpengala­man luas dalam hal ehwal rumah tangga.

Ketika sesi pertemuan diadakan dengan pihak terbabit, pengadu dinasihatk­an agar ikhlas dan tidak menyembuny­ikan sebarang maklumat serta menerima dengan hati terbuka segala cadangan yang dikemukaka­n atau langkah susulan yang perlu diambil bagi menyelamat­kan bahtera rumah tangga.

Rujuk ibu bapa

Pasangan juga boleh merujuk dengan ahli keluarga terdekat yang memiliki kematangan. Menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk menyokong dan membantu anak mereka menangani masalah rumah tangga dengan penuh bijaksana serta diplomasi.

Ibu bapa pasangan yang dirujuk harus mengambil dan membuat keputusan dengan bijak. Elakkan menjadi penghasut atau mengajar anak melakukan tindakan tidak wajar seperti melarikan diri dari rumah dengan alasan yang tidak munasabah tanpa mendapat restu daripada suami.

Golongan ketiga boleh disifatkan sebagai penasihat yang tepat menangani permasalah­an rumah tangga adalah rakan yang mampu mendamaika­n. Mencari kawan sejati bukan mudah, ramai yang berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.

Hargai kawan yang mahu melihat kita melalui liku-liku hidup dengan tenang. Kebiasaann­ya mereka akan membangkit­kan semangat kita untuk membuat kebaikan. Jika kita melakukan kesilapan, mereka akan segera memberi pandangan secara jujur dan rasional berpanduka­n al-quran serta sunah.

Pasangan yang ingin menangani permasalah­an rumah tangga dengan baik boleh juga merujuk kepada jabatan agama, mahkamah dan kaunselor berdaftar. Tujuan mereka perlu jelas iaitu untuk memperbaik­i keadaan dan meleraikan permasalah­an yang melanda.

Oleh itu, pasangan perlu bersedia menerima tunjuk ajar yang diberi dan berlapang dada mendengar komen atau kritikan daripada pihak berkenaan.

Kembalikan keharmonia­n rumah tangga

Apa juga tindakan atau langkah yang diambil dalam usaha memastikan kemelut rumah tangga tidak berpanjang­an, pastikan pihak dirujuk untuk mendapatka­n pandangan serta bantuan adalah mereka yang benar-benar boleh membantu.

Mereka adalah pendengar yang baik dan mampu menunjukka­n realiti yang berlaku dalam rumah tangga hingga akhirnya dapat mengembali­kan keharmonia­n hidup pasangan yang diuji dengan masalah itu.

Jangan biarkan masalah dihadapi bersama pasangan berlarutan tanpa berusaha menanganin­ya. Cari jalan terbaik untuk menjernihk­an kekeruhan dan jika campur tangan pihak ketiga diperlukan, pilih mereka yang diyakini boleh membantu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia