Berita Harian

Rukun Islam, iman, ihsan panduan Muslim

-

Diriwayatk­an, seorang lelaki datang bertemu Nabi Muhammad SAW. Sahabat tidak mengenali lelaki itu yang terus duduk berhadapan dengan Nabi SAW. Lelaki itu bertanya mengenai Islam, maka Nabi SAW menjawab: “Islam adalah mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat lima waktu, berpuasa Ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampu­an.”

Lelaki itu bertanya mengenai iman maka Nabi SAW menjawab: “Kamu beriman kepada Allah, malaikat-nya, kitab-nya, rasul-nya, hari kiamat dan beriman dengan qadar baiknya dan buruknya.”

Lelaki itu kemudian bertanya mengenai ihsan, lalu Nabi SAW menjawab: “Kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Maka, jika kamu tidak mampu maka sesungguhn­ya Allah melihat akan kamu.”

Agama diredai

Di hujung hadis itu, Nabi SAW bersabda: “Itu adalah Jibril, di mana beliau datang kepada kamu untuk mengajar kamu akan agama kamu.” (Riwayat Muslim)

Islam agama yang terbina atas tiga dasar iaitu iman, Islam dan ihsan. Oleh itu setiap Muslim perlu mempunyai tiga dasar ini. Islam agama yang diredai di sisi Allah SWT, maka kita perlu bersyukur kerana menjadi seorang

Muslim.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali-imran, ayat 19) Firman-nya lagi yang bermaksud: “Allah menamakan kamu sebagai Muslim sebelum ini dan juga di dalam ini (kitab al-quran).” Surah al

Hajj, ayat 78)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia