Berita Harian

Semakin ramai penjual durian tidak peduli hak pengguna

- Azmi Abdul Malek, Ipoh, Perak

Pemilik dusun durian di Perak paling gembira apabila tiba musim raja buah itu gugur. Tambahan pula, harganya sangat tinggi ketika ini berbanding pada 1990-an.

Durian Kampung Gajah antara paling disukai pelancong tempatan yang singgah membelinya apabila memandu kereta ke arah Lumut dan Kuala Lumpur.

Terkini harganya antara RM10 hingga RM20 sekilogram mengikut jenis dan kesedapan rasa durian berkenaan. Durian jenis isi tebal dan sedap biasanya lebih mahal.

Selain Kampung Gajah, dusun durian terletak di kawasan Tapah, Parit, Gopeng, Kuala Kangsar, Taiping, Lenggong dan Sungai Siput. Harga durian juga bergantung kepada jumlah pengeluara­n dan permintaan.

Banjir besar 2015

Jika berlaku lambakan buahnya gugur serentak dalam satu musim di semua kawasan, harganya akan murah. Sejak banjir besar melanda di seluruh negeri ini pada Disember 2015, banyak pokok durian musnah.

Ini menyebabka­n hasil pengeluara­n durian di negeri ini semakin berkuranga­n.

Ketika ini harga durian dianggap tinggi kerana jumlah keluaranny­a amat terhad dan tidak dapat memenuhi permintaan.

Harga sekarang jauh lebih mahal pada kadar serendah RM20 sebiji yang belum tentu rasanya sedap dan memuaskan cita rasa pelanggan. Kadangkala pelanggan tertipu dengan penjual yang menjual durian isinya separuh masak (mangko dalam bahasa tempatan).

Ada juga pelanggan terbeli buah yang rosak isinya ( jeruk hantu dalam bahasa tempatan) dan tidak boleh dimakan sepenuhnya.

Keadaan ini mungkin berlaku kerana penjual membeli durian daripada pemilik dusun lain dan kemudianny­a menjualnya semula.

Bagi mengelakka­n perkara ini berlaku, penjual mesti tahu selokbelok isi buah durian yang dibeli. Ini bagi mengelakka­n pelanggan kecewa.

Pelanggan yang tidak berpuas hati mungkin akan menyebarka­n maklumat kepada orang lain melalui media sosial berdasarka­n pengalaman buruk masing-masing, sekali gus menjejaska­n nama baik pemilik dusun.

Pembeli yang singgah di gerai menjual durian hendaklah berhati-hati ketika membeli raja buah itu kerana semakin ramai penjual tidak mengambil peduli hak pengguna.

Saya suka mengingatk­an pemilik dan penjual durian di sekitar tebing Sungai Perak supaya tidak menganiaya­i pelanggan sematamata mahu kaut keuntungan lumayan.

Tamak, pentingkan diri

Durian adalah rezeki luar biasa yang dikurniaka­n Allah kepada pemilik dusun. Pada masa sama mereka tidak patut menipu pelanggan kerana tamak dan mementingk­an diri.

Pemilik dusun dan penjual durian hendaklah bersyukur dengan nikmat Allah di samping melakukan kebaikan kepada pelanggan agar rezeki berpanjang­an.

Orang tua-tua zaman dahulu sering sedekahkan hasil durian kepada ahli keluarga dan saudaramar­a apabila tiba musim buah luruh kerana cara itu boleh mengeratka­n hubungan silaturahi­m.

Ahli keluarga seronok pulang ke kampung menemui ibu bapa dan saudara-mara apabila tiba musim durian gugur, terutama ketika cuti panjang persekolah­an.

Cuma, suasana itu semakin berkuranga­n kerana buah durian sudah naik harga.

Marilah kita fikir-fikirkan agar buah durian kembali menjadi jambatan penghubung silaturahi­m antara anggota masyarakat kampung yang sudah moden dan tinggal berjauhan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Harga durian dianggap mahal kerana jumlah keluaranny­a terhad.
[FOTO HIASAN] Harga durian dianggap mahal kerana jumlah keluaranny­a terhad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia