Berita Harian

Masalah sosial remaja cabaran perlu diatasi segera

- Nurnaseha Mohd Zan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Nasional 2050 (TN2050) adalah satu usaha membentuk masa depan Malaysia. Isu paling ketara di Malaysia adalah masalah sosial remaja.

Secara umumnya, remaja yang perlu diberi tumpuan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan kebanyakan mereka masih dalam alam persekolah­an.

Data dan statistik menunjukka­n keruntuhan akhlak semakin serius di Malaysia. Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mendedahka­n kes penyalahgu­naan dadah semakin kritikal dengan peningkata­n lebih dua kali ganda kepada 30,844 kes pada 2016.

Lebih merisaukan 23,000 kes adalah penagih baharu yang dikenal pasti pada tahun lalu sahaja. Selain itu, lebih 30 peratus anak muda mempunyai akses kepada pornografi dengan lebih satu pertiga daripada mereka yang berumur di bawah 17 tahun.

Jumlah kelahiran anak luar nikah pula melebihi setengah juta sepanjang 11 tahun hingga Jun 2017. Di sekolah pula, kes ponteng sekolah dan buli tetap menjadi kerisauan walaupun polanya menurun.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiya­h. Suspek yang ditahan adalah remaja, dikaitkan belia bermasalah yang ponteng sekolah, menghisap dadah dan datang daripada keluarga berantakan.

Pada zaman ibu bapa jarang dapat memberikan masa berkualiti, rumah semakin sempit, kemudahan rekreasi juga tidak mencukupi. Pilihan yang ada pada mereka adalah merempit di jalan raya, ‘berkhayal’ untuk melepaskan diri daripada tekanan dan seterusnya memilih jenayah kerana tiada langsung kemahiran untuk dijadikan asas kepada kerjaya.

Pembinaan pusat asuhan kanakkanak yang selamat, bersih dan dikawal selia kakitangan yang bertauliah juga penting untuk membantu ibu bapa yang kedua-duanya bekerja.

Latih ramai pakar kaunseling

Kerajaan juga perlu melabur untuk melatih lebih ramai lagi pakar kaunseling. Agenda sosial ini hanya dapat dijayakan sekiranya kita mempunyai intervensi dalam bentuk pakar yang dapat memberi nasihat dan memantau belia yang berisiko tinggi.

Lebih daripada itu, pengaruh di sekolah juga penting. Tekanan juga dihadapi pelajar di sekolah kerana mengejar kecemerlan­gan akademik.

Ada juga kerana disebabkan layanan guru yang mungkin gagal menangani pelajar bermasalah, maka pelajar ambil jalan mudah terbabit dengan kegiatan kurang sihat.

Dalam soal penguatkua­saan undang-undang, pentadbir sekolah yang menghadapi masalah mendisipli­nkan pelajar tertentu hendaklah merujuk masalah berkenaan kepada polis.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanak­an, tetapi apa yang lebih penting, ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungja­wab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak remaja.

Tanpa kerjasama ibu bapa dan masyarakat nescaya gejala ini sukar diatasi. Inilah permasalah­an yang berterusan sehingga 2050.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mendedahka­n kes penyalahgu­naan dadah semakin kritikal dengan peningkata­n lebih dua kali ganda kepada 30,844 kes pada 2016”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia