Berita Harian

27 maut, Taufan Damrey badai selatan Vietnam

Hujan lebat berterusan sehingga esok, bandar anjur APEC turut terjejas

-

Sekurang-kurangnya 27 maut dan 22 lain dikhuatiri hilang selepas Taufan Damrey membadai pantai selatan-tengah Vietnam, kata pihak berkuasa semalam. Bencana alam itu merosakkan puluhan ribu rumah dan menenggela­mkan lebuh raya beberapa hari sebelum negara itu menyambut pemimpin dunia ke sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Damrey yang mendarat kelmarin, dianggap bencana alam terburuk sejak beberapa dekad lalu menyerang rantau tepi laut selatan negara itu, biasanya tidak terjejas kerana ribut sering ke utara.

Menurut pejabat pengurusan bencana, lebih 40,000 rumah rosak ketika hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 130 kilometer sejam membadai kawasan itu.

Kerajaan berkata, wilayah tepi pantai Khanh Hoa, terkenal dengan pantai pasir putih popular Nha Trang, paling teruk terjejas dengan 16 maut dan 10 lagi cedera.

Lebih 30,000 orang termasuk pelancong asing dipindahka­n dari kawasan itu sebelum serangan Damrey. Seramai 1,500 penumpang terkandas di stesen kereta api.

Gambar menunjukka­n penduduk mengharung­i air separas lutut ketika tiang elektrik tumbang dan pokok menyekat jalan raya. Kira- kira 300 kapal rosak, menurut kerajaan.

Ada laporan kerosakan kecil di sepanjang 500 kilometer di kawasan utara di sini, bandar tepi laut menjadi hos sidang kemuncak APEC minggu depan. Hujan lebat juga dijangka berterusan sehingga Selasa ini termasuk bandar pelanconga­n tengah di sini.

Air naik sehingga 1.5 meter

Seorang penduduk tempatan berkata, angin kencang dan hujan lebat menumbangk­an papan tanda mempromosi perhimpuna­n APEC, mengumpulk­an pemimpin termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan China, Xi Jinping. Ia adalah lawatan pertama Trump ke Vietnam.

“Penduduk bandar akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa melakukan pembersiha­n supaya bandar ini lebih cantik untuk APEC minggu depan,” kata seorang penduduk, Tran Huy.

Sejam perjalanan ke selatan di Hoi An, bandar pelabuhan cantik dan popular di kalangan pelancong ke Vietnam, penduduk tempatan berkata, air banjir naik sehingga 1.5 meter di sesetengah bahagian bandar itu.

“Air mula naik di Bandar Lama. Pelancong asing dipindahka­n menaiki bot ke hotel di kawasan lebih tinggi,” kata penduduk Dinh Thi Xuan Hoa kepada laman berita

Vnexpress. Pasangan sesetengah pemimpin APEC dijadual melawat Hoi An minggu depan, menurut Kementeria­n Kebudayaan.

Vietnam dibadai 12 taufan ganas sejak awal 2017, dengan sekurangku­rangnya 240 orang dilapor maut atau hilang dalam banjir dan tanah runtuh.

Kira-kira 80 orang maut beberapa minggu selepas Taufan Doksuri membadai wilayah tengah September lalu, memusnahka­n ribuan rumah serta menyebabka­n banjir besar.

 ??  ?? Sebuah kapal ditolak ke darat
Sebuah kapal ditolak ke darat
 ??  ?? di wilayah Binh Dinh selepas Taufan Damrey membadai pantai selatan-tengah Vietnam manakala gambar (kanan, bawah) penduduk dan pelancong dibawa menggunaka­n bot akibat banjir di bandar pelanconga­n Hoi An. Gambar (kanan atas) menunjukka­n pagar besi...
di wilayah Binh Dinh selepas Taufan Damrey membadai pantai selatan-tengah Vietnam manakala gambar (kanan, bawah) penduduk dan pelancong dibawa menggunaka­n bot akibat banjir di bandar pelanconga­n Hoi An. Gambar (kanan atas) menunjukka­n pagar besi...
 ?? [FOTOAFP] ??
[FOTOAFP]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia