Berita Harian

Jangan pandang rendah AS: Trump

-

Tokyo: Presiden Donald Trump semalam memberi amaran, ‘tiada diktator’ wajar memandang rendah Amerika Syarikat (AS), ketika memulakan kunjungan pertamanya ke Asia, didominasi krisis nuklear Korea Utara.

Bercakap kepada kakitangan tentera yang bersorak di Pangkalan Udara Yokota di barat ibu kota ini, Trump yang memakai jaket pengebom, mengeluark­an amaran bahawa ‘tiada seorang pun, tiada diktator, tiada regim dan negara harus memandang rendah sebarang tindakan AS.’

“Ada ketikanya di masa lalu, mereka memandang rendah kita. Ia tidak menyenangk­an bagi mereka, bukan?”

“Kita tidak pernah berputus asa, tidak pernah goyah mempertaha­nkan rakyat, kebebasan dan kehebatan bendera AS,” kata Trump.

Kunjungan maraton Trump dilakukan ketika krisis Korea Utara memuncak ketika pesawat pengebom AS terbang di ruang udara Semenanjun­g Korea dan kebimbanga­n satu lagi ujian peluru berpandu Pyongyang.

Menurut akhbar Washington Post memetik sepucuk surat daripada pihak berkuasa Pentagon kepada pembuat dasar, satu-satunya jalan untuk mengesan dan mengawal tapak senjata nuklear Korea Utara adalah menerusi penceroboh­an darat.

Jepun, Korea Selatan terancam

Dalam surat itu, dilaporkan ditulis Penolong Pengarah Ketua Turus Kakitangan Pentagon, konflik seperti itu mungkin menjurus Pyongyang mengerah senjata biologi dan kimia.

Perhentian pertama Trump ialah Jepun dan Korea Selatan selaku sekutu utama AS memaksa Pyongyang menghentik­an program nuklearnya dan kedua-dua negara yang paling terjejas jika perang meletus.

Trump tiba di ibu kota ini menaiki pesawat Air Force One bersama isterinya, Melania ketika cuaca baik.

Bercakap kepada media dalam pesawat, beliau mengumumka­n akan bertemu Presiden Russia, Vladimir Putin ketika jelajah, ketika masyarakat antarabang­sa bergelut mencari penyelesai­an krisis Pyongyang.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Trump dan isterinya, Melania disambut ketika tiba di Pangkalan Udara Yokota di Tokyo, semalam.
[ FOTO AFP ] Trump dan isterinya, Melania disambut ketika tiba di Pangkalan Udara Yokota di Tokyo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia