Berita Harian

Dua tahun selepas serangan Paris, suspek tunggal masih membisu

-

Paris: Dua tahun selepas serangan pengganas ke atas tempat tumpuan waktu malam di ibu kota ini meragut 130 nyawa, tujuh orang kini ditahan pihak berkuasa Perancis sementara dalang utama masih bebas dan mungkin sudah mati.

Antara 10 militan yang mencetuska­n huru hara di ibu kota Perancis pada 13 November 2015, penyerang tunggal terselamat adalah Salah Abdeslam, namun enggan bercakap dengan penyiasat.

Siasatan terhadap insiden berdarah di sini, dirancang di Belgium bertindan dengan siasatan serangan di lapangan terbang Brussels dan stesen kereta api metro empat bulan kemudian yang meragut 32 nyawa.

Penahanan Abdeslam di Belgium yang kemudian dipindahka­n ke Perancis pada April 2016 masih tidak seperti diharapkan penyiasat, oleh kerana militan berusia 28 tahun itu enggan bekerjasam­a.

Namun, tanpa dijangka, suspek mengatakan dia mahu dibicaraka­n di Brussels bagi berdepan dakwaan cubaan membunuh pegawai polis ketika penahanann­ya di ibu negara Belgium itu, namun tidak mustahil dia juga mungkin berdiam diri.

Kebanyakan anggota sel militan, bertanggun­gjawab terhadap kedua-dua serangan di Paris dan Brussels dibunuh atau ditangkap.

Setakat ini 15 suspek didakwa atau diburu dengan waran tangkap.

Enam suspek selain Abdesalam kini ditahan di Perancis termasuk dua lelaki disyaki dipilih menyertai serangan, seorang rakyat Algeria, Adel Haddadi dan Muhammed Usman dari Pakistan.

Dua lelaki itu, berkunjung dari Syria bersama dua militan yang menyerang stadium nasional di pinggir ibu kota ini, ditahan di Austria, sebulan selepas pembunuhan beramai-ramai itu.

 ?? [FOTOAFP] ?? Wajah suspek serangan di ibu kota Perancis pada 13 November 2015 yang meragut 130 nyawa, termasuk Abdeslam (dua kiri atas).
[FOTOAFP] Wajah suspek serangan di ibu kota Perancis pada 13 November 2015 yang meragut 130 nyawa, termasuk Abdeslam (dua kiri atas).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia