Berita Harian

Pengurus Liverpool kembali ceria

Penggunaan formasi baharu bantu The Reds belasah West Ham

-

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp memuji pemainnya kerana berjaya menyesuaik­an diri dengan sistem baharu selepas membelasah West Ham United, 4-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Dua minggu lalu, Liverpool meninggalk­an ibu kota negara itu dengan kekecewaan selepas dibelasah Tottenham Hotspur 4-1 di Wembley, namun sejak itu mereka merekodkan 10 gol dan bolos satu jaringan.

Dalam aksi di Stadium London, Liverpool mendahului pada minit ke-21, hasil jaringan Mohamed Salah yang menyudahka­n hantaran pemain yang baru kembali beraksi, Sadio Mane.

Liverpool menggandak­an gol menerusi jaringan Joel Matip yang memanfaatk­an pergelutan di depan gol lawan selepas sepakan sudut pada minit ke-24.

Kali pertama ubah sistem

Pengurus West Ham, Slaven Bilic memasukkan Andy Carroll di babak kedua dan berjaya merapatkan jurang untuk West Ham menerusi jaringan Manuel Lanzini pada minit ke-55.

Namun, ketika penyokong tuan rumah masih meraikan jaringan gol itu, Alex Oxlade-chamberlai­n kembali meletakkan Liverpool di depan, seminit kemudian.

Salah kemudian melengkapk­an jaringan dan menutup terus kebangkita­n tuan rumah menerusi gol ketiga, hasil rembatan bola rendah tepat ke penjuru gawang pada minit ke-75.

“Kami mengubah sistem dan ini kali pertama kami melaksanak­annya, iaitu 4-4-2 yang mungkin pada mulanya kelihatan seperti formasi menyerang,” kata Klopp yang sebelum ini dikritik berikutan taktikalny­a ketika menentang Tottenham.

“Kami mempunyai idea berbeza - kami mahu lebih banyak bertahan, lebih padu dan memanfaatk­an ruang untuk serangan balas. Kita tidak akan tahu bagaimana keadaannya jika tidak kerana gol pertama. Kami perlu membiasaka­n diri dengannya,” katanya.

 ??  ?? Salah (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Stadium London, kelmarin.
Salah (kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan di Stadium London, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia