Berita Harian

Magis Heynckes di Bayern menjadi

-

Berlin: Jupp Heynckes memuji pemain bintang Bayern Munich dan pasukan perubatan yang memerah keringat bagi membantu kelab itu mengatasi seteru Bundesliga, Borussia Dortmund, 3-1, kelmarin.

Arjen Robben, Robert Lewandowsk­i dan David Alaba masing-masing menjaringk­an gol untuk Bayern ketika sentuhan ajaib Heynckes terus berhasil, selepas empat minggu Carlo Ancelotti dipecat.

Di bawah kendalian pengendali berusia 72 tahun itu - yang membantu Bayern meraih gelaran berganda pada 2013 - gergasi Munich ini menang semua tujuh perlawanan dalam Liga Juara-juara, Bundesliga dan Piala Jerman.

Mereka kini mendahului penghuni tangga kedua, RB Leipzig dengan empat mata dan enam mata di depan Dortmund, yang menduduki tangga ketiga liga.

“Adalah mustahil untuk menjangkak­an sesuatu pada empat minggu lalu dan kini kami mampu mendahului enam mata di depan Dortmund dan empat mata mengatasi Leipzig,” kata Heynckes.

Usaha gigih

“Kami sudah berusaha amat gigih di padang latihan dan juga mesyuarat, sejak lebih empat minggu ini.

“Saya juga ingin memberi penghargaa­n kepada bhagian perubatan kami. Doktor dan fisioterap­i juga berusaha siang dan malam, kerana pemain sudah terlalu dibebankan dengan banyak perlawanan.”

Lebih menarik, penyerang Robert Lewandowsk­i - yang terlepas kemenangan Liga Juara-juara ke atas Celtic kerana kecederaan paha, Selasa lalu - turut mempamerka­n corak permainan menarik ketika bertemu bekas pasukan lamanya itu.

Rembatan menarik dilakukan Robben meletakkan Bayern mendahului perlawanan pada minit ke-17, sebelum Lewandowsk­i meledak gol kedua, lapan minit sebelum waktu rehat babak pertama.

Alaba meledak gol ketiga Bayern pada minit ke-67, sebelum Bartra meraih gol sagu hati untuk Dortmund, ketika saingan berbaki dua minit.

 ??  ?? David Alaba
David Alaba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia