Berita Harian

PSG gah berpesta gol lagi

Cavani, Mbappe turut ledak gol belasah Angers

-

Prestasi jaringan dan sentuhan tajam Edinson Cavani berterusan apabila penyerang Uruguay itu meledak dua gol ketika membantu pendahulu Ligue 1, Paris St Germain (PSG) membelasah Angers, 5-0, kelmarin.

Jaringan ke-12 dan ke-13 Cavani untuk musim ini dihasilkan di kedua-dua permainan di Stade Raymond Kopa.

Rentak jaringan itu turut dilakukan penyerang Perancis, Kylian Mbappe, manakala Julian Draxler juga menemui jaringan untuk meletakkan PSG meraih 32 mata daripada 12 perlawanan liga setakat ini.

“Bagi seorang penyerang, adalah penting untuk meledak jaringan bagi membantu pasukan,” kata Cavani. “Saya gembira, tetapi saya tidak terlalu memikirkan mengenai rekod ataupun statistik.

“Saya hanya memikirkan untuk memberi yang terbaik untuk pasukan saya, itu saja.”

PSG kini mendahului pesaing utama, Monaco yang menewaskan Guingamp, 6-0 dengan kelebihan empat mata.

Belanja besar

Pasukan berbelanja besar ini bermain dengan baik, meskipun tanpa Neymar yang digantung perlawanan dan mereka membuktika­n kemampuan dengan corak permainan pantas, seawal wisel perlawanan ditiupkan.

Mbappe membuka tirai jaringan seawal minit kelima dengan rembatan rendah selepas menerima hantaran Dani Alves, untuk meletakkan pasukan pelawat mendahului permainan.

Draxler kemudianny­a menambah jaringan kedua, selang sembilan minit kemudian, sebelum Cavani meletakkan PSG untuk terus berada di kedudukan selesa, menerusi gol ketiga pada minit ke-30.

Selepas itu, Cavani menyempurn­akan hantaran Michel untuk meledak gol ketiga pada minit ke-60, sekali gus merekodkan jaringan yang ke-100 untuk dirinya dalam 144 perlawanan Ligue 1.

Pesta gol PSG ditutup meriah menerusi jaringan kelima oleh Mbappe, ketika saingan berbaki enam minit. Jaringan itu adalah yang keenam dalam 12 penampilan untuk kelab setakat ini.

 ??  ??
 ??  ?? Cavani (kiri) meledak dua gol ketika PSG membelasah Angers 5-0, kelmarin.
Cavani (kiri) meledak dua gol ketika PSG membelasah Angers 5-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia