Berita Harian

Isu Catalonia terus hangatkan Barca

-

Madrid: Barcelona meneruskan rentak cemerlang di La Liga dengan menewaskan Sevilla 2-1 hasil jaringan berganda Paco Alcacer, kelmarin ketika suasana di Camp Nou terus dihangatka­n ketegangan politik di Catalonia.

Sebuah bendera Catalan bersaiz gergasi dan kain rentang bertulis ‘keadilan’ dalam bahasa Catalan dan Inggeris, dikibarkan sebelum sepak mula selepas lapan menteri kerajaan Catalan yang dipecat Madrid ditahan untuk perbicaraa­n berhubung peranan mereka dalam mencetuska­n gerakan kemerdekaa­n Catalan.

Laungan ‘kemerdekaa­n’ juga bergema di stadium terbesar Eropah itu sepanjang 90 minit perlawanan dan dua lagi kain rentang bertulis ‘kebebasan buat tahanan politik’ dan ‘Eropah memalukan’ dikibarkan di belakang salah satu gol.

Jurulatih Barca Ernesto Valverde berseloroh minggu lalu mengenai bagaimana gangguan di luar padang membantu pasukannya dan sekali lagi berjaya mencatat kemenangan ke-10 dalam 11 perlawanan awal La Liga.

Luah perasaan

“Pasukan ini membuktika­n ia bukan satu gangguan,” kata Valverde. “Peminat datang ke Camp Nou untuk meluahkan perasaan mereka dengan aman dan menyokong pasukan mereka. Kami bermain untuk mereka.”

Pasukan tuan rumah hampir menjaringk­an tiga gol dalam tempoh 10 minit apabila Clement Lenglet menolak keluar bola Sergio Busquets, David Soria menafikan percubaan Luis Suarez manakala percubaan jarak jauh Ivan Rakitic tersasar.

Alcacer mencetus kejutan apabila diturunkan sebagai kesebelasa­n utama Valverde dan membuka jaringan buat kali pertama musim ini.

Pada penampilan ke-600 buat Barca, Lionel Messi mempunyai peluang menambah jaringan tetapi berjaya diselamatk­an Soria, Barca terus bertahan berada 11 mata di depan Real Madrid yang akan menentang Las Palmas malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia