Berita Harian

Pocketrock­etman terkandas

Azizulhasn­i gagal mara pusingan kalah mati acara pecut, terjatuh perlumbaan keirin

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Jaguh berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang gagal mara ke pusingan kalah mati acara pecut individu pada siri pertama Piala Dunia di Pruszkow, Poland, semalam susulan kecederaan ketika menyertai acara keirin.

Dia tidak berupaya menempatka­n diri dalam kalangan 28 pelumba terpantas pada sesi kelayakan apabila melakukan 10.195 saat untuk berada di kedudukan ke-32 manakala seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Sahrom mencatatka­n 10.234s di tempat ke-34.

The Pocketrock­etman berlanggar dengan pelumba Jepun, Kanazuri Watanabe dalam acara keirin kelmarin, ketika saingan memasuki selekoh akhir di Velodrom BGZ Arena. Dia terseliuh buku lali kaki kiri susulan insiden itu.

Lavreysen juara

Sebelum turun dalam acara pecut individu, Azizul sudah menyuaraka­n kebimbanga­nnya kerana tidak mampu berjalan seperti biasa.

“Seperti dijangka, sehari selepas insiden berkenaan, saya akan berasa lebih sakit. Apa yang membimbang­kan saya adalah kesakitan di buku lali. Saya terpaksa berjalan terhincut-hincut namun saya akan cuba buktikan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah,” katanya sebelum turun dalam acara pecut.

Namun keadaannya jelas tidak berada pada tahap 100 peratus sekali gus memberikan kesukaran untuk mencatatka­n masa terbaik.

Pelumba Belanda, Harrie Lavreysen muncul pelumba terpantas apabila melakukan 9.649s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia