Berita Harian

Kedah sasar lahir ramai pemain terbaik

- Oleh Haika Khazi

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah meletakkan sasaran untuk melahirkan lebih ramai pemain golf terbaik di negara ini termasuk bertaraf antarabang­sa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarahny­a, Mohamad Rizal Mohamad Radzi berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan ketika ini terdapat kira-kira 120 pemain Kedah sedang beraksi di pelbagai kejohanan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Selain itu, katanya, tiga pemain muda negeri itu sedang menimba ilmu dan pengalaman di Amerika Syarikat.

43 pemain Kedah turut serta

“Pada masa sama, kita juga menganjurk­an Sirkit Golf Remaja Kedah bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat baharu dalam kalangan anak muda serta remaja di negeri ini,” katanya

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Remaja Widad yang disempurna­kan oleh Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tuanku Sallehuddi­n di TPC Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pertanding­an selama dua hari anjuran Kumpulan Widad menerusi Proram Pembanguna­n Golf Junior itu disertai 43 pemain dari Kedah.

Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Widad, Datuk Awang Kechik dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Widad, Datuk Cham Nong Aliap.

Mohamad Rizal turut merakamkan penghargaa­n kepada kepada Glenmarie Golf & Country Club dan TPC Kuala Lumpur atas sokongan mereka bagi menganjurk­an pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia