Berita Harian

Maaf sebab kecewakan anda semua: Ifwat

-

Shah Alam: “Maafkan kami,”. Itu reaksi penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim selepas Kedah tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia, kelmarin.

Akur dengan keputusan, penjaga gawang skuad Helang Merah ini langsung tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak apabila mereka gagal mempertaha­nkan Piala Malaysia dalam pertembung­an di Stadium Shah Alam itu.

Ketika seluruh pasukan diselubung­i kekecewaan, Mohd Ifwat mengakui penyokong setia Kedah turut berkongsi perasaan sama.

“Buat penyokong, kami minta maaf sebab kecewakan anda semua, apatah lagi ada yang datang dari jauh,” katanya selepas perlawanan.

Pemain leka

Mengulas mengenai kekalahan itu, Ifwat turut mengakui berlaku sedikit kelekaan di kalangan pemain, namun dia tidak mahu menyalahka­n benteng pertahanan, kerana menyifatka­n hanya nasib yang memisahkan kedua-dua pasukan.

Untuk itu, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu berkata, adalah lebih baik seluruh pasukan mengambil tanggungja­wab kekalahan ini secara berpasukan.

“Kami juga ada melakukan serangan, namun tidak ada rezeki apabila ada percubaan terkena tiang. Kali ini, bukan malam kami.

“Memang gol pertama merencatka­n pasukan, kerana kalau kami berjaya mengekang lawan, permainan juga akan berbeza. Di babak pertama, saya nampak moral pemain terjejas.

“Apa pun, kami bermain secara satu pasukan, kami juga menerima keputusan secara bersama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia