Berita Harian

Nidzam Adzha sedia undur

Serahkan kepada KFA untuk tentukan kedudukan musim depan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff sedia digantikan sekiranya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahukan jurulatih baharu untuk membimbing skuad itu musim depan.

Katanya, mengikut perancanga­n sebelum ini dia hanya diberi mandat untuk memikul tugas selaku ketua jurulatih Helang Merah sehingga tamat tamat musim ini walaupun kontraknya sebagai penolong jurulatih masih berbaki setahun.

“Bagi musim depan saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk tentukan perancanga­n pasukan. Kontrak saya (sebagai penolong jurulatih) masih berbaki setahun dan kalau diikutkan, memang bulan depan saya perlu kembali sebagai penolong jurulatih.

“Saya masih dalam proses belajar dan perlukan masa untuk pikul tanggungja­wab besar. Sejak menjuarai Piala FA lagi saya sudah menyatakan pasukan kedah perlu mempunyai jurulatih yang mempunyai standard lebih tinggi daripada Tan Cheng Hoe (bekas jurulatih Kedah).

“Secara jujurnya, saya pikul tanggung jawab ini dengan rela paksa, disamping sokongan dan kerjasama daripada pemain, barisan kejurulati­han dan pengurusan.

Bawa jurulatih lebih baik

“Jadi, memang saya rela untuk (pengurusan) membawa ketua jurulatih yang lebih baik,” katanya selepas aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Nidzam menggalas tugas sebagai jurulatih Kedah sejak Mei lalu selepas Cheng Hoe membuat keputusan untuk menjadi penolong jurulatih skuad kebangsaan.

Sementara itu, dia menafikan tindakanny­a tidak menyenarai­kan Syafiq Ahmad pada aksi final berkenaan kerana spekulasi pemain skuad bawah 22 tahun negara itu akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), musim depan.

“Bukan (kerana spekulasi ke JDT), Syafiq memberi komitmen yang baik sama ada di dalam atau luar padang walaupun saya rasa, dia pasti ke pasukan lain musim depan.

“Kami memang simpan dua penyerang di bangku simpanan dan kami mempunyai tiga pemain termasuk Farhan Roslan, Ahmad Fakri Saarani dan Syafiq.

“Kami terpaksa pilih dua daripada mereka. Kami lihat Farhan sebagai pemain yang memiliki kepantasan dan Fakri pula sebagai penyerang lebih berpengala­man berbanding Syafiq yang boleh digunakan sekiranya Ken Ilso tercedera,” katanya.

 ??  ?? Nidzam Adzha Yusoff, Ketua Jurulatih Kedah
Nidzam Adzha Yusoff, Ketua Jurulatih Kedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia