Berita Harian

Punca Kedah kalah, JDT juara

-

Piala Malaysia 2017 kini menjadi milik juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menewaskan juara Piala FA, Kedah, 2-0, pada aksi final di Stadium Shah Alam, kelmarin.

BH Sukan menyenarai­kan lima punca kejayaan hebat skuad Harimau Selatan itu dan lima sebab juga kegagalan barisan Helang Merah mempertaha­nkan kejuaraan piala berprestij itu.

Lima punca JDT muncul juara: 1.

Taktikal menekan lawan di garisan tinggi. - JDT memulakan aksi dengan penuh bertenaga apabila melakukan tekanan dengan cepat setiap kali pemain Kedah mendapat bola dan meminimumk­an pegangan bola lawan

Permainan pantas ketika mengatur serangan - senjata utama JDT adalah kemampuan pemain menggerakk­an bola untuk menyerang dengan pantas dan kebanyakan serangan balas dilancarka­n berupaya mencemaska­n benteng Kedah

Momentum gol awal - Jaringan minit kedua menerusi Aidil Zafuan Abd Radzak meletakkan haluan perlawanan ke arah JDT dan menyebabka­n Kedah bergelut untuk kembali memberi saingan pada perlawanan terbabit.

Bijak manipulasi keadaan Selepas beroleh gol awal, JDT bijak memanfaatk­an struktur permainan Kedah yang masih belum menemui rentak apabila memperagak­an aksi menyerang habis-habisan dan beroleh

2. 3. 4.

beberapa peluang keemasan namun, percubaan mereka digagalkan Ifwat Akmal Che Kassim.

Disiplin pertahanan JDT yang cemerlang.

5. Lima punca kegagalan Kedah: 1.

Tuah tidak menyebelah­i Kedah. - Kedah kurang menguji gawang JDT, namun lawan seharusnya menarik nafas lega apabila dua percubaan Baddrol Bakhtiar terkena tiang dan palang sekali gus menyelamat­kan pintu gol mereka.

Pelan kedua Kedah mudah dipatahkan JDT - Tekanan di garisan tinggi JDT memaksa Kedah menukar corak menyerang dan memilih untuk melancarka­n hantaran jauh, namun kebanyakan hantaran panjang Kedah mudah dipintas.

2. 3.

Gagal menemui rentak dengan cepat - Bagaikan ada yang tidak kena dengan Kedah, mereka gagal menemui rentak dengan cepat apabila bergelut membuat gerakan menyerang dan tiada bentuk serangan yang jelas mampu dijelmakan.

Kesilapan sendiri - Banyak kesilapan yang dilakukan pemain Kedah pada aksi ini, antaranya tidak menutup ruang dengan baik, tidak memberi tekanan kepada pemain lawan dan mereka dihukum atas kesalahan sendiri.

Pemain simpanan tidak memberi impak - Selepas ketinggala­n dua gol, Kedah melakukan tiga pertukaran dan membawa masuk pemain muda yang masih segar dan memiliki kepantasan, namun tidak membantu pasukan.

4. 5.

 ??  ?? Reaksi pemain Kedah selepas tumpas kepada JDT pada final Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Reaksi pemain Kedah selepas tumpas kepada JDT pada final Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia