Berita Harian

Khalid selar tindakan biadab Safiq

- Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: “Selama 40 tahun saya bergelar pemain bola sepak, rasanya tak pernah dengar lagi ada pemain yang mencarut kepada penyokong lawan".

Itulah komen bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai tindakan biadap ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Safiq Rahim yang menghambur kata-kata lucah dipercayai ditujukan kepada pengkritik pasukan itu terutamany­a penyokong tanah air.

Safiq dilihat seperti meluahkan perasaan geramnya itu ketika sambutan kemenangan JDT menewaskan Kedah, 2-0 apabila mencarut secara tibatiba di depan jurufoto yang sedang merakamkan detik manis kejayaan mereka itu.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang vilar di laman sosial semalam, kapten Harimau Malaya itu mengatakan “P ..... kepada semua pengkritik, wa (saya) champion ( juara) sekarang,”.

Jelas Khalid, sebagai seorang pemain profesiona­l yang menjadi tumpuan masyarakat termasuk kanak-kanak, adalah suatu perlakuan kurang sopan yang tidak seharusnya diungkapka­n Safiq.

Lepas geram

Vsebagai kapten JDT dan kapten pasukan bola sepak Malaysia, perkataan macam itu tak berapa baik. Saya rasa dia melepaskan geram kepada pengkritik.

Vkita kena terima hakikat sebenar, ada orang benci dan ada juga orang suka kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mencapai kejayaan, mestilah ada perkataan tak elok daripada penyokong pasukan lawan.

“Sebagai orang terkenal dan selebriti, ianya lumrah dan rasanya Safiq tahu pasal perkara itu.

“Malah, selama saya bermain bola sepak dulu bersama-sama Allahyarha­m Datuk Mokhtar Dahari sekalipun, tak pernah kami hentam balik penyokong. Tapi kalau terhadap pemain lawan ketika bermain, itu biasa.

“Cuma apa yang dibuat Safiq agak memeranjat­kan kita apabila mencarut kepada penyokong dan pengkritik lawan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia