Berita Harian

Harimau Selatan terbaik 2017

Berjaya raih dua trofi musim ini

- Oleh Aziman Rosdi

Musim 2017 Liga Malaysia (Liga-m) menjadi detik gemilang buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melakar sejarah merangkul gelaran Liga Super buat kali keempat berturut-turut dan Piala Malaysia yang tidak pernah didakap sejak penubuhan kelab itu empat tahun lalu.

Kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan, Kedah pada final di Stadium Shah Alam kelmarin memastikan penutup Liga-m cukup bergaya buat Harimau Selatan yang memulakan langkah sumbang di awal musim apabila kecundang kepada lawan sama dalam perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanap­un Kedah yang dibimbing Nidzam Adzha Yusoff pada pertengaha­n musim susulan keputusan mengejut Tan Cheng Hoe menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penolong jurulatih Harimau Malaya masih boleh berbangga dengan pencapaian musim ini.

Trofi Piala FA menjadi milik skuad Helang Merah selepas menewaskan Pahang 3-2 di final Mei lalu membolehka­n mereka mengiringi JDT ke saingan Piala AFC musim depan selepas kali terakhir berentap di pentas antarabang­sa pada 2008.

Bagaimanap­un seperti tahun sebelum ini, kancah bola sepak tempatan tidak sunyi dengan kontrovers­i termasuk isu pemotongan enam mata kepada dua pasukan Liga Super, Kelantan dan T-team serta dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) gara-gara gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

Biarpun pentadbir Liga-m, Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) meringanka­n hukuman itu dengan memulangka­n semula tiga mata namun ia hampir meragut peluang Kelantan dan T-team kekal dalam Liga Super tahun depan apabila menduduki tangga kesembilan dan 10.

Malang buat Pulau Pinang yang terhumban ke Liga Perdana selepas hanya semusim bersaing dengan pasukan elit apabila hanya meraih tiga kemenangan daripada 22 perlawanan manakala Sarawak gagal menyelamat­kan diri apabila hanya seri 0-0 dengan T-team pada aksi terakhir Liga.

Naik taraf

Mengisi tempat Sarawak dan Pulau Pinang itu, juara Liga Perdana Kuala Lumpur dan naib juara, Terengganu yang kembali dinaikkan taraf ke Liga Super.

Bagaimanap­un di sebalik peningkata­n saingan Liga Perdana itu agak menyedihka­n apabila isu rasuah masih lagi menghantui bola sepak tempatan.

Ini susulan penahanan tiga pemain MISC-MIFA oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah hingga mencecah RM30,000.

Selain itu isu mutu pengadilan terus menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan yang menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP supaya mencari jalan untuk mengatasin­ya.

Beberapa insiden kontrovers­i dalam perlawanan berprofil tinggi termasuk jaringan pemain Perak, Zaquan Adha Radzak yang dibatalkan oleh pengadil pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang JDT mencetuska­n kecaman hebat penyokong. Mungkin FAM perlu mempercepa­tkan lagi penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) yang dijangka dilaksanak­an pada 2019 bagi mengelak persepsi penyokong dan pemain sendiri bertambah buruk.

 ??  ?? Pemain JDT tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.
Pemain JDT tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia