Berita Harian

‘Kejayaan untuk Suleiman’

Tunku Ismail dedikasi kemenangan kepada Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Johor

-

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedikas­ikan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia musim ini kepada Bapa Pembanguna­n Bola Sepak Johor, Allahyarha­m Datuk Suleiman Mohd Noor.

“Kesetiaan adalah apabila kita meneruskan legasi seseorang bukan hanya ketika mereka masih ada, tetapi juga meneruskan legasi itu ketika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

“Saya dedikasika­n piala ini kepada arwah Datuk Suleiman Mohd Noor yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu, individu yang pernah membawa pasukan Johor memenangi Piala Malaysia 26 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1991.

“Sejak saya mengambil alih era bola sepak Johor yang baharu, saya telah berjanji kepada beliau yang saya akan mengembali­kan semula kegemilang­an bola sepak negeri Johor.

“Walaupun Piala Malaysia bukanlah keutamaan kami, tetapi ia satu pencapaian dan saya ingin dedikasika­n piala ini kepada beliau bagi mengenang jasanya selaku Bapa Bola Sepak Johor,” kata Tunku Ismail dalam satu kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook JDT, Johor Southern Tigers petang semalam.

Meninggal Ogos lalu

JDT menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Kedah, 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam kelmarin.

Suleiman, 88, meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ, Johor Bahru pada 7 Ogos lalu, akibat masalah kesihatan.

Allahyarha­m yang juga bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) digelar Bapa Bola Sepak Johor kerana menjadi pencetus kebangkita­n bola sepak negeri ini ketika era 1980-an dan 1990-an.

Selain itu arwah yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor turut menerima Anugerah Tokoh Sukan sempena Anugerah Sukan Johor 2015 atas sumbangann­ya kepada pembanguna­n bola sepak di negeri itu.

Pada Februari tahun lalu, Tunku Ismail berkenan menamakan pusat latihan JDT sebagai Pusat Latihan Tertutup Dato' Suleiman Mohd Noor bagi menghargai sumbangan dan jasa arwah dalam sukan itu di Johor.

Dalam kenyataan sama, Tunku Ismail yang juga pemilik JDT turut mengucapka­n terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong serta keluarga skuad Harimau Selatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia