Berita Harian

Liga Juara-juara Asia sasaran JDT

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Shah Alam: Selepas melengkapk­an kejuaraan dalam saingan tempatan dan Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sedia memikirkan sasaran layak beraksi di Liga Juara-juara Asia (ACL), musim depan.

Jurulatih JDT, Ulisses Morais bagaimanap­un menjelaska­n dia dan barisan kejurulati­han memerlukan masa untuk memikirkan cara mencapai sasaran itu selepas menjulang kejuaraan sulung Piala Malaysia, kelmarin.

“Semua orang (di JDT) termasuk staf dan pemain sekarang ini perlu bercuti selepas mengharung­i saingan yang memenatkan sepanjang musim ini.

“Kami perlukan masa untuk memikirkan berkenaan perkara terbabit (layak ke ACL) dan sudah pasti kami juga sedang bergerak ke arah itu,” katanya ketika ditanya adakah skuad JDT yang ada ketika ini mampu untuk melepasi kelayakan beraksi di saingan tertinggi Asia itu.

JDT sudah tiga kali mencuba untuk layak ke ACL, namun terkandas di pusingan kedua kelayakan pada musim 2015 dan 2016.

Pencapaian terbaik JDT

Pencapaian terbaik Harimau Selatan adalah pada musim ini apabila mereka mara hingga ke pusingan play-off tetapi terpaksa akur di tangan kelab Jepun, Gamba Osaka selepas tewas 3-0.

Apa yang pasti, sentuhan magis Morais sekali lagi diharapkan untuk JDT layak ke ACL musim depan selepas prestasi cemerlangn­ya musim ini termasuk menghadiah­kan Piala Malaysia buat kali pertama kepada kelab itu.

Mengulas mengenai kejayaan pasukannya menjuarai Piala Malaysia, Morais menegaskan JDT berhak meraikan kejuaraan manis itu selepas persembaha­n cemerlang sepanjang perlawanan akhir berdepan Kedah.

 ?? [FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] ?? Tunku Ismail bergambar bersama pasukan JDT ketika meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.
[FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH] Tunku Ismail bergambar bersama pasukan JDT ketika meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia