Berita Harian

CGPV lancar Forest City Golf Resort

Projek mega mengandung­i tiga lapangan golf bertaraf antarabang­sa, hotel lima bintang, kediaman termasuk apartment, villa

- Oleh Zuraidah Mohamed

Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) melancarka­n satu lagi komponen pembanguna­n berprestij iaitu Forest City Golf Resort menerusi fasa kedua projek mega Forest City, dekat Gelang Patah, Johor.

Forest City Golf Resort yang mempunyai tiga lapangan golf bertaraf antarabang­sa turut merangkumi komponen hotel bertaraf lima bintang dan kediaman bercampur termasuk apartment serta villa dengan nilai pembanguna­n keseluruha­nnya RM1.8 bilion.

Ia termasuk kos infrastruk­tur jalan dan tanah yang dilaksanak­an menerusi fasa kedua pembanguna­n Forest City yang dilaksanak­an sejak awal tahun ini.

Pengarah Eksekutif CGPV, Datuk Md Othman Yusof, berkata Forest City Golf Hotel yang dijangkaka­n siap menjelang separuh pertama 2018 itu terdiri daripada 305 bilik dengan kadar penginapan antara RM300 hingga RM6,000.

Buka peluang pekerjaan

Katanya, hotel berkenaan terdiri daripada dua menara setinggi 11 tingkat serta mempunyai dewan yang boleh memuatkan sehingga 400 orang serta kolam renang.

“Dengan adanya pembanguna­n baharu ini, ia adalah berita baik kepada masyarakat tempatan kerana sebanyak 460 peluang pekerjaan ditawarkan dengan 250 daripadany­a di hotel dan selebihnya di lapangan golf. →

“Setakat ini, kami mempunyai seramai 85 kakitangan di hotel dan lapangan golf yang pertama yang kesemuanya masyarakat tempatan, dan dijangkaka­n lebih ramai mendapat peluang pekerjaan apabila hotel ini siap,” katanya.

Yang terdahulu, prapelanca­ran Forest City Golf Resort yang merangkumi hotel serta unit kediaman di resort berkenaan disempurna­kan oleh Ketua Jabatan Kejurutera­an dan Teknikal CGPV, Wuyang di Gelang Patah, semalam.

Md Othman berkata, selain warga tempatan Forest City Golf Hotel turut menyasarka­n pengunjung dari China, Singapura dan Korea apabila siap pada separuh pertama tahun depan.

Dalam pada itu, katanya lapangan golf 18 lubang yang pertama dijangkaka­n siap pada separuh kedua 2018 dan CGPV juga membina laluan sepanjang 9.6 kilometer menghubung­kan Galeri Jualan Forest City ke resort berkenaan berbanding laluan pada masa ini kira-kira 15 kilometer dan dijangka siap menjelang 2019.

Lancar 202 unit villa

Mengenai kediaman bertanah yang dibina dalam Forest City Golf Resort, beliau berkata projek itu terdiri daripada unit dua tingkat, kluster tiga tingkat dan semi berkembar yang dijual dari harga RM1.38 juta yang dijangkaka­n siap Oktober 2019.

Menerusi fasa pertama projek, katanya akan melancarka­n 202 unit villa dengan berkonsepk­an reka bentuk bumbung gaya moden dengan elemen ala Eropah.

Fasa dua Forest City akan membabitka­n keluasan 10 kilometer persegi, yang meliputi satu pertiga daripada kawasan pembanguna­n projek mega itu, yang termasuk Forest City Golf Resort dan Pangkalan Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ??
[FOTO ZAIN AHMED/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia