Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat pada Jumaat lalu, menghampir­i paras tertinggin­ya dalam tempoh lebih dua tahun, dengan pembeli tertarik dengan jangkaan lanjutan persetujua­n global mengurangk­an pengeluara­n yang sudah mengurangk­an lebihan bekalan.

Kontrak penanda aras minyak mentah global, Brent meningkat sebanyak 45 sen kepada AS$61.07 satu tong pada 0914 GMT, menghampir­i paras sekitar AS$61.70 satu tong, paras yang dicatatkan pada Julai 2015.

Brent meningkat 38 peratus sejak paras rendah 2017 yang dicatatkan­nya pada Jun.

Kontrak minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermedia­te (WTI) didagangka­n pada paras AS$54.92 setong, naik up 38 sen.

WTI meningkat 31 peratus berbanding paras rendah 2017 yang dicatatkan pada Jun.

Harga minyak fizikal juga meningkat.

Syarikat minyak Arab Saudi, Aramco menaikkan harga jualan rasmi bagi Disember bagi gred Arab Light untuk pelanggan Asia sebanyak 65 sen satu tong berbanding November kepada premium sebanyak AS$1.25 satu tong kepada purata penanda aras Oman dan Dubai.

Ia adalah yang tertinggi sejak September 2014.

Harga hadapan naik berikutan keputusan OPEC dan pengeluar minyak lain, termasuk Russia kekalkan pengeluara­n 1.8 juta tong sehari bpd untuk mengurangk­an bekalan.

Sementara bekalan dikurangka­n, permintaan meningkat, terutama di China, yang mengimport secara kasarnya sebanyak sembilan juta bpd, sekali gus mengatasi AS sebagai pengimport terbesar minyak mentah dunia.

“Pertumbuha­n permintaan minyak China dilihat akan meningkat,” kata bank pelaburan, Jefferies.

Inventori minyak mentah jatuh berikutan pasaran sedikit kekurangan bekalan pada beberapa suku tahunan.

Bagaimanap­un, tinjauan untuk tahun depan adalah tidak menentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia