Berita Harian

Wall Street bantu tingkat pasaran Asia

-

Pasaran saham Asia meningkat pada Jumaat, susulan pelabur menjejaki peningkata­n di Wall Street selepas pencalonan Pengerusi Baharu Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed AS) dan pembekal Apple meraih manfaat daripada laporan perolehan yang kukuh.

Indeks Dow ditutup pada paras rekod baharu selepas Presiden AS, Donald Trump memilih Jerome Powell untuk menerajui Fed, dilihat sebagai pilihan bukan kontrovers­i yang tidak mungkin secara radikal mengubah langkah mengetatka­n dasar monetari secara perlahan seperti yang dimahukan pasaran saham.

Namun, keyakinan terhadap pelan penguranga­n cukai yang dinanti-nantikan oleh Kongres Republikan, yang mahu mengurangk­an kadar korporat dan memacu pertumbuha­n ekonomi, terjejas oleh penentang dalaman dan Demokrat.

Pelabur juga menunggu penyiaran laporan pekerjaan utama AS yang akan memberikan angka pembayaran gaji bukan ladang.

Peningkata­n semula mendadak paras pekerjaan dijangkaka­n pasaran, selepas angka September terjejas oleh taufan Harvey dan Irma.

Sementara itu, pembekal Apple di Asia meningkat berikutan syarikat itu berkata keuntungan­nya meningkat 19 peratus kepada AS$10.7 bilion, dan dijangka lantunan jualan bagi iphone X, sempena ulang tahunnya ke-10.

Syarikat Korea Selatan, LG Display dan Taiwan, Largan Precision meningkat, dan juga syarikat yang disenaraik­an di Bursa Hong Kong, Cowell E Holdings dan Sunny Optical Technology.

Telefon pintar Apple baharu dilancarka­n di lebih 50 negara dan wilayah semalam termasuk di kebanyakan pasaran Asia, dengan barisan menunggu yang panjang di kedai jualannya, yang disifatkan Ketua Eksekutifn­ya, Tim Cook sebagai tempahan yang sangat tinggi.

Saham Hong Kong naik 0.3 pera- tus, Taiwan tambah 0.1 peratus, sementara Korea Selatan 0.3 peratus lebih tinggi ke paras tertinggi baharu.

Bagaimanap­un, Shanghai jatuh 0.3 peratus, berikutan langkah Beijing untuk mengetatka­n peraturan pengambila­lihan asing.

Syarikat e-dagang terbesar China, Alibaba berkata, peningkata­n jualan memacu peningkata­n 132 peratus dalam untung bersihnya, sekali gus menyifatka­n prestasi suku tahunan cemerlang.

Alibaba meningkatk­an unjuran pendapatan berikutan ia terus meraih manfaat daripada ledakan e-dagang China yang membantuny­a meningkat.

Syarikat yang disenaraik­an di Hong Kong, satu lagi syarikat yang besar dalam sektor itu, memperliha­tkan sahamnya meningkat di Hong Kong semalam.

Pasaran Jepun ditutup sempena cuti umum.

 ?? [FOTO AFP] ?? Saham Asia meningkat semalam selepas pelabur menjejaki peningkata­n di Wall Street.
[FOTO AFP] Saham Asia meningkat semalam selepas pelabur menjejaki peningkata­n di Wall Street.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia